Lesen Pengiklanan Pembangunan APDL (Advertising Permit and Developer License) pihak pemaju kondominium mewah yang terlibat dalam runtuhan di Taman Desa digantung sementara.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, lesen jualan pihak pemaju akan digantung sehingga siasatan selesai.
“Jabatan Perumahan Negara akan menghentikan APDL maksudnya lesen untuk jualan mereka akan digantung sampai siasatan habis,” katanya.
Tambahnya lagi, mesyuarat penyelarasan berkenaan insiden runtuhan struktur kondominium 37 tingkat itu juga akan diadakan pada Isnin.
Selain kementeriannya, mesyuarat itu juga akan disertai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama pemaju projek berkenaan.
Tujuannya adalah untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian berkenaan.
Ia juga bertujuan untuk berbincang dengan lebih lanjut berkenaan siasatan berhubung projek residensi mewah tersebut.
“Dari situ kita akan teliti semula. Tapi makluman awal yang saya dapat mengenai tanah tidak ada isu. Sepatutnya projek itu habis dalam masa 54 bulan.
"Tidak ada masalah isu tanah. Semuanya dalam keadaan yang sepatutnya. Itu sahaja dua makluman awal yang kami dapat,” katanya.
Dalam masa sama, pihaknya turut memohon agar JKKP mempercepatkan siasatan agar punca sebenar dapat diketahui dan tindakan selanjutnya dapat dijalankan.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Festival Seni bina Kuala Lumpur 2020 di bangunan Pertubuhan Akitek Malaysia hari ini.
Pada Jumaat, sebahagian struktur di bangunan kediaman di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh dan menyebabkan dua mangsa warga Bangladesh terperangkap.
Walaubagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan pada jam 5.15 petang dan 9.30 malam secara berasingan.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.30 petang.
BACA: Sebahagian struktur kondominium di Taman Desa runtuh
Nickyson Nyambar
Sat Feb 15 2020
Menurut Zuraida, JKKP akan mengambil masa sebulan bagi menyelesaikan siasatan, namun pihaknya memohon untuk ia dipercepatkan. -Gambar Astro AWANI
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
Langkah mitigasi perlu dilakukan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
AWANI Ringkas: Liga-M kekal ikut jadual, Piala Sumbangsih Jumaat ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Menteri perlu segera ambil kampung angkat, selami dan selesai isu setempat - Fahmi
Semua menteri perlu segera mengambil kampung angkat selaras dengan saranan Anwar agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.