awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insya-Allah, yakin Tabung Haji dapat beri hibah seperti biasa!

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
10/12/2018
03:15 MYT
Insya-Allah, yakin Tabung Haji dapat beri hibah seperti biasa!
MUJAHID: Bagi mereka yang menunai haji, kerajaan telah putuskan kos haji akan ditanggung sama seperti dahulu.
Lembaga Tabung Haji (TH) mula melaksanakan pelan menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira yang mencatatkan defisit lebih RM4.1 bilion pada 2017.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata ini kerana sejak 2014, Tabung Haji telah gagal memenuhi dua syarat yang membolehkan pembayaran hibah dilakukan.
“Dua syarat itu adalah aset tidak boleh kurang daripada liabiliti, dan perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan.
“Laporan oleh PWC mendapati akaun TH yang berakhir 31 Disember 2017 merekodkan aset RM70.3 bilion, sedangkan liabiliti tanggungan sebanyak RM74.4 bilion. Ini menunjukkan defisit RM4.1 bilion.
“Oleh itu TH menerusi kepimpinan baharu telah mencadangkan pelan pemulihan komprehensif yang sudahpun mendapat persetujuan kabinet,” kata Mujahid dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Selain itu, ahli lembaga pengarah TH yang baharu juga telah mencadangkan penubuhan Special Purpose Vehicle (SPV), khusus bagi memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset TH yang tidak menjunjukkan prestasi.
“Kerajaan juga telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia bermula 1 Januari 2019.
Sementara itu, Mujahid berkata bagi mereka yang menunai haji, kerajaan telah putuskan kos haji akan ditanggung sama seperti dahulu.
“Bagi dividen tahun ini, ia akan mengikuti dua syarat yang ditetapkan, iaitu bergantung kepada prestasi kewangan.
“Namun saya yakin dengan pelan pemulihan komprehensif ini, TH dapat memberikan hibah seperti biasa,” kata Mujahid ketika mengulas mengenai pemberian hibah tahun ini.
BACA: Isu Tabung Haji: Apa yang anda perlu tahu?
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#defisit
#Mujahid Yusof Rawa
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan