Isu Tabung Haji: Apa yang anda perlu tahu?

Isu Tabung Haji: Apa yang anda perlu tahu?
Abdul Azeez, Ismee Ismail dan Johan Abdullah antara bekas pengurusan kanan TH yang disiasat akibat salah guna kuasa. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dijangka mengumumkan dapatan siasatan dalaman berkaitan isu penyelewengan Lembaga Tabung Haji (TH), pada Isnin.

Beliau berkata pengumuman berkenaan antaranya berkaitan laporan kewangan TH 2017 yang didapati bercanggah seperti isu keuntungan akan dibuat pada sidang media di Parlimen.

“Kita terpaksa dedahkan dan memberikan penjelasan dengan apa dapatan yang kita jumpa dalam Tabung Haji amat menyedihkan kerana ia melibatkan kepentingan Islam,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Sebelum mengetahui apakah butiran lanjut mengenai perkara itu elok kita singkap semula beberapa isu semasa yang menyelubungi TH dan yang perlu kita tahu.
Lembaga Tabung Haji (TH) pada 30 November 2018, membuat dua laporan polis melibatkan beberapa bekas pengurusan kanannya.

Antaranya melibatkan bekas Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah.

TH berkata laporan dibuat melibatkan dana berjumlah lebih daripada RM22 juta dikeluarkan dari Program Yayasan Tabung Haji dan digunakan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.

Laporan turut dibuat berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham TH pada 2012.

Siapa yang terlibat?








Apa berlaku selepas laporan polis dibuat?

1 Disember 2018
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, setakat ini pihaknya membuat kertas siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Saya sahkan kita terima laporan polis daripada TH dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana menipu.”
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh


2 Disember 2018
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata beliau yakin pihak berkuasa akan bertindak mengikut undang-undang.

"Sekiranya pihak terbabit didapati bersalah, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap TH.”
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

  • Beliau berkata tindakan mendedahkan kepincangan TH sejak 1 Mac 2015 membawa dirinya ke penjara dan sehingga kini kes berkenaan masih dibicarakan atas tuduhan memfitnah.

"Saya dikeji secara berterusan, baik dari kalangan penyokong UMNO, Pas mahupun rakyat biasa. Tidak ramai sahabat yang berani datang memberi sokongan kerana takut menjadi mangsa serangan juga.”
Rafizi Ramli

"Saya ditahan, didakwa dan masih menjalani perbicaraan kononnya memfitnah Tabung Haji. Ada pimpinan kanan yang menuduh kononnya saya telah menyebabkan ribuan orang Islam tidak boleh menunaikan ibadah haji.”
Rafizi Ramli


3 Disember 2018
  • Angka tersebut dipetik melalui penyata kewangan TH bagi tahun 2016. Laporan itu mendakwa, jurang kekurangan ini mungkin lebih besar bagi tahun 2017, dan 2018.
  • Untuk tahun 2016, aset TH dinyatakn berjumlah RM63.6 bilion berbanding wang pendepositnya sebanyak RM67.7 bilion.

“Terdapat sumber dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa barisan pengurusan TH sebelum ini memalsukan penyata kewangan tahun 2017 untuk membolehkan TH membuat bayaran dividen sebanyak 6.25 peratus pada bulan Februari 2018, iaitu hanya tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).”
Akhbar Sunday Times (Singapura)

  • Jelas beliau, TH seharusnya menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu dengan memanggil beliau untuk mendapatkan penjelasan dan bukannya terus membuat laporan polis tanpa mengetahui perkara sebenar susulan dakwaan RM22 juta telah digunakan untuk aktiviti berkaitan politik.

"Saya terkejut SOP ini tidak diguna pakai walaupun saya bekas Pengerusi Tabung Haji. Adalah baik pihak Tabung Haji memanggil saya untuk memberikan keterangan dahulu. Kita boleh adakan siasatan dalaman, boleh tanya saya dahulu duit ini datang daripada mana, bagaimana diagihkan.”
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

  • Menurut Abdul Azeez, dana RM22 juta yang digunakan untuk program “Ziarah Kasih”, “Jom Bantu Rakyat” dan “Ziarah Kasih Ramadhan” adalah untuk membantu ibu-ibu tunggal miskin di lebih 60 kawasan Parlimen tanpa mengira fahaman parti.

  • Tegasnya dana tersebut bukan wang daripada pendeposit TH tetapi sebahagiannya hasil daripada keuntungan pelaburan Tabung Haji itu sendiri berjumlah RM7 juta.

"Bakinya adalah hasil sumbangan UMNO Malaysia, kerajaan Persekutuan dan syarikat-syarikat yang tidak pernah berniaga dengan Tabung Haji untuk menjalankan aktiviti bulan Ramadhan pada 2017.”
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim


4 Disember 2018
  • Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menyiasat dua laporan polis dibuat TH pada 30 Nov lalu.

11 Disember 2018
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan sidang media mengenai pendedahan dan laporan prestasi TH.

Tag: Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim, Ismee Ismail, Johan Abdullah, Yayasan Tabung Haji, Polis Diraja Malaysia, Mujahid Yusof Rawa, Rafizi Ramli, Amar Singh


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.