awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri CEO Cradle Nazrin Hassan kritik siasatan kematian suami

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2018
08:42 MYT
Isteri CEO Cradle Nazrin Hassan kritik siasatan kematian suami
Samirah Muzaffar memaklumkan pihaknya dan keluarganya tidak menerima sebarang maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pihak polis. - Gambar fail
Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan hari ini menyelar pihak berkuasa berhubung siasatan ke atas kematian suaminya.
Samirah Muzaffar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sehingga saat ini pihaknya dan keluarga tidak menerima sebarang maklumat terbaharu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Kesemua laporan yang didedahkan tidak konsisten dengan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Laporan itu menyatakan bahawa Nazrin mengalami kecederaan yang menembusi bahagian kiri belakang kepala dan luka itu dikaitkan dengan kecederaan kepala yang teruk.
“Laporan post-mortem tidak menyatakan wujudnya kesan petrol di bahagian kepala atau mana-mana bahagian badan suami saya,” katanya.
Samirah berkata, beberapa butiran mengenai beberapa barangan peribadi Nazrin yang hilang sejak insiden itu.
“Suami saya, Nazrin Hassan menjalani kehidupan integriti, kejujuran dan profesionalisme, dan saya menggesa supaya siasatan berhubung dengan kematiannya juga dilakukan dengan etika yang tinggi, telus dan penuh akauntabiliti," katanya.
Sebelum ini, kes kematian Nazrin yang maut pada 14 Jun lalu kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
BACA: Polis siasat kematian CEO Cradle Nazrin Hassan sebagai kes bunuh
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.
Topic Berkaitan
#bomba
#CEO
#hilang
#integriti
#jenayah
#maut
#perubatan
#petrol
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan