Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersetuju dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa bahawa tidak ada lagi operasi mencegah khalwat lewat malam di kediaman persendirian.
Beliau berkata, ajaran Islam yang sebenar tidak pernah membenarkan penganutnya mencari kesalahan orang lain.
“Islam tak suruh kita pergi mencari orang, nak mencari salah saja, tak suruh. Sampai nak kerabat (panjat) masuk dalam rumah orang apa semua, itu bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum sempena sambutan Hari Warga Emas Sedunia di Petrosains, KLCC, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mujahid, bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup bukan urusan kerajaan.
Kenyataan itu dilihat menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Melayu Islam konservatif dan menjadi perbualan hangat di laman media sosial.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata jika terbukti seseorang itu melakukan perbuatan yang melanggari kehendak agama, ada acara yang lebih ‘lembut’ untuk untuk menghukum mereka.
“Islam bukan agama yang kejam. Ia bukan semata-mata mengenai memotong kepala atau tangan. Bukan itu maksudnya.
"Ada cara yang lebih ringan, tetapi orang-orang ini hanya mahu mengganggu orang lain, memotong tangan dan kepala…itu bukan cara Islam yang sebenar,” tegasnya lagi.
Ditanya sekiranya kerajaan kini lebih mengutamakan hak asasi manusia berbanding tuntutan agama, Dr Mahathir berkata nyawa seseorang juga perlu diambil kira.
“Hak kita sebagai manusia, memang agama mengambil berat tentang nyawa seseorang.
"Bukan mudah nak bunuh orang, potong kepala because that is killing people and Islam doesn’t agree about killing. You kill, you incur a sin (sebab itu satu pembunuhan dan Islam tidak benarkan pembunuhan. Anda bunuh, anda melakukan dosa),” katanya lagi.
BACA: Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat
BACA: Kenyataan saya tak salah - Mujahid
BACA: Kalau tak boleh tegah maksiat, tak perlulah ada undang-undang - Mufti Perak
Firdaus Azil
Sat Oct 06 2018
DR MAHATHIR: Islam tak suruh kita pergi cari salah orang, nak mencari salah saja, tak suruh. Sampai nak kerabat (panjat) masuk dalam rumah orang apa semua, itu bukan Islam. -Bernama
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
CENTHRA tetap utuh perjuangkan keadilan, hak asasi manusia
Prinsip, pengalaman dan pencapaian CENTHRA dalam memperjuangkan hak asasi manusia sejak penubuhannya, kekal tidak berubah dan akan terus diperjuangkan demi kebaikan bersama.
Kemboja: Parti CPP bergabung dengan 27 parti lain
People's Party Kemboja (CPP) menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Penyatuan dengan 27 parti lain pada Rabu, lapor Xinhua.
Kerajaan digesa lakukan pembaharuan polisi dadah
Kerajaan digesa melakukan pembaharuan polisi dadah yang berteraskan antaranya hak asasi manusia untuk kegunaan peribadi serta pemilikan.
"Tidak wajar manipulasi budaya, agama untuk kurangkan hak wanita" - Noraini
Budaya dan agama tidak wajar menjadi penghalang dan dimanipulasikan untuk mengurangkan hak-hak asasi manusia terutama wanita, kata Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad.
PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan
Misi diplomatik PBB di Afghanistan telah mendokumentasikan lebih daripada 1,600 kes pencabulan hak asasi manusia semasa penangkapan dan penahanan individu selepas itu.
Diplomasi berkesan dapat selesaikan perbezaan pandangan terhadap minyak sawit, hak asasi manusia
Hubungan Malaysia-UK rumit dan kadangkala tegang, tetapi dijalin secara erat menerusi hubungan budaya, sejarah dan diplomatik.
Kerajaan amal hak asasi manusia berdasarkan negara OIC - Mohd Na'im
Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) tidak seharusnya menjadi satu-satunya sumber dalam menangani isu-isu hak asasi manusia.
Lebih 108 juta penduduk dipindah secara paksa di seluruh dunia tahun lalu - Laporan
Libatkan 62.5 juta orang hilang tempat tinggal, 35.3 juta pelarian, 5.4 juta pencari suaka dan 5.2 juta orang yang perlu perlindungan antarabangsa.
Kebebasan Pesuruhjaya Kanak-kanak bukti komitmen Kerajaan Madani - Azalina
Mewujudkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) yang bebas dan mampu beroperasi secara berkesan adalah bukti komitmen Kerajaan Madani.
Negara anggota UN-Habitat setuju rumah adalah hak asasi manusia
Ini pertama kali dilakukan sejak Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1948.