awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu komik: Dr Mahathir tidak terlibat dengan penerbitan - PMO

Bernama
Bernama
18/10/2019
21:22 MYT
Isu komik: Dr Mahathir tidak terlibat dengan penerbitan - PMO
PMO menegaskan, Dr Mahathir tidak pernah memberi persetujuan gambar beliau diguna pakai untuk apa-apa tujuan atau memberi kebenaran agar komik berkenaan diedarkan di sekolah. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah terlibat dalam penerbitan komik 'Inisiatif Jalur Dan Jalan - Meraih Manfaat Bersama' atau mengetahui isi kandungannya.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan pada Jumaat menyatakan pihaknya mengambil maklum mengenai isu komik berkenaan yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Di dalam komik itu tertera gambar Tun Dr Mahathir Mohamad dan keterangan yang menyebut buku komik ini dihadiahkan kepada Presiden Xi Jinping oleh Perdana Menteri sendiri semasa pertemuan dua hala sewaktu di Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa ke-2.
"Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa buku ini bukan hadiah rasmi semasa pertemuan berkenaan dan ia dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul," menurut kenyataan itu.
BACA: Komik propaganda: KPM tidak pernah luluskan pengedaran komik
BACA: Komik propaganda: Pengarang, penulis akan dipanggil untuk beri keterangan
Kenyataan itu turut memaklumkan, Dr Mahathir juga tidak pernah memberi persetujuan gambar beliau diguna pakai untuk apa-apa tujuan atau memberi kebenaran agar komik berkenaan diedarkan di sekolah.
Media semalam melaporkan Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik didakwa berunsur propaganda yang dipercayai diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BRI
#Gambar
#hadiah rasmi
#Inisiatif Jalur dan Jalan
#komik
#komik propaganda
#Mahathir Mohamad
#media sosial
#propaganda
#sekolah
#Tular
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan