Tutup

Isu Papagomo diserang, tiada siapa terlepas tindakan undang-undang - KPN

Isu Papagomo diserang, tiada siapa terlepas tindakan undang-undang - KPN
IPOH: Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya terdapat bukti perbuatan jenayah dalam insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang melibatkan Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagoma dengan beberapa individu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menyifatkan insiden itu sebagai tidak sihat memberi jaminan pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu.
Menurut beliau, insiden yang dirakam dan ditularkan di laman sosial memberi gambaran tidak baik seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang.

"Tetapi yakinlah dalam apa juga insiden, akan disiasat dan akan diambil tindakan (tiada siapa) tidak akan terlepas," kata Abdul Hamid di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang Ahad lalu, Papagomo mendakwa dihampiri lebih 10 lelaki yang menuntutnya supaya meminta maaf atas tindakannya mengoyak kertas tertera gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


BACA: Polis siasat dakwaan Papagomo diserang di KKIA

Papagomo didakwa melakukan perbuatan itu ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis.

Sehari selepas itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur dengan mendakwa dia turut dipukul di dalam insiden tersebut.


Tag: Papagomo, diserang, Exco Pemuda UMNO, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.