awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pembelian banglo: Guan Eng alu-alukan siasatan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2016
08:51 MYT
Isu pembelian banglo: Guan Eng alu-alukan siasatan SPRM
Guan Eng menyatakan kesediaan untuk menjelaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat mahupun sukar untuk berbuat demikian kerana perkara itu tiadak berkaitan dengan perihal kerajaan pusat. - Gambar fail
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pembelian banglonya pada harga RM2.8 juta.
Yakin bahawa tidak wujud sebarang unsur rasuah, Guan Eng turut menggesa SPRM untuk menyegerakan siasatan.
Malah beliau menyatakan kesediaan untuk menjelaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat biarpun mendakwa agak sukar untuk berbuat demikian kerana perkara itu tidak berkaitan dengan perihal kerajaan pusat.
Sebaliknya, beliau mungkin hanya berpeluang menjelaskan isu itu di Dewan Undangan Negeri.
"Minggu depan saya akan lawatan rasmi ke luar negera tetapi saya tengok macam mana mungkin hari Isnin, kalau saya masih ada atau hari Selasa. Tetapi biasanya perkara ini tidak ada sangkut paut dengan kerajaan pusat, biasanya tidak mungkin dia (Speaker) akan berikan peluang kecuali di Dewan Undangan Pulau Pinang," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian AED di Taman Botani, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Guan Eng berharap Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya akan tampil bersemuka dengannya bagi mengemukakan bukti berkaitan pembelian banglo berkenaan yang didakwa jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.
BACA: Isu rumah Guan Eng: Kit Siang alu-alukan siasatan SPRM terhadap anaknya
BACA: Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli
Pada Jumaat, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Guan Eng sepatutnya memberi penjelasan berhubung isu berkenaan di parlimen.
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng mengalu-alukan SPRM terhadap pembelian banglo bernilai RM2.8 juta
#Shahbudin Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan