Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat negara ini bersama-sama dalam melaksanakan transformasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpegang kepada pendekatan wasatiyyah, bersendikan Maqasid Syariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Beliau berkata walaupun negara berdepan cabaran ekonomi dan politik, cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang makmur akan tetap diteruskan.
"Hari ini kita berhadapan dengan corak ekstremisme yang pelbagai bentuk wajahnya. Di satu pihak, ekstremis radikal seperti kumpulan IS membuat onar mencalar kesucian wajah Islam yang sebenar.
"Pada satu hujung yang lain, muncul pula kelompok pelampau yang menjadikan liberalisme sebagai akar-budi mereka. Pelampau liberalisme ini telah melonggarkan segalanya hatta agama.
"Ini juga satu ekstrem yang membawa ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan negara," kata Najib dalam perutusan Maal Hijrah 1437/2015 beliau di laman blog NajibRazak.com.
Justeru beliau berharap semangat hijrah menjadi sumber kesungguhan dan iltizam kepada rakyat Malaysia untuk menjadi umat terbaik, sekaligus mampu meluaskan agama Islam ke seluruh dunia.
Najib turut menekankan bahawa sejarah menjadi sumber penting kepada negara dalam membentuk wawasan untuk menjadi sebuah negara Islam moden dan berpendapatan tinggi.
"Wawasan nasional kita adalah untuk menjadi sebuah Negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi. Manakala wawasan global kita pula ialah untuk menjadikan dunia yang mengandungi panca negara, bangsa, bahasa dan agama ini sebagai medan kehidupan yang sejahtera dan makmur," katanya.
Jelas Najib, perkara yang sama turut ditekankan beliau semasa berucap dalam perbahasan umum Sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-70 di New York baru-baru ini.
"Saya menegaskan sesebuah Negara Islam itu berperanan untuk mempromosikan perlumbaan dari segi kemuliaan, pengetahuan, kebaikan, simpati dan merendah diri, tetapi yang penting, tanpa paksaan," katanya.
Bernama
Tue Oct 13 2015
NAJIB: Walaupun negara berdepan cabaran ekonomi dan politik, cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang makmur akan tetap diteruskan.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Jadikan Malaysia berpegang kepada wasatiyyah, Maqasid Syariah & Ahli Sunnah Wal Jamaah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat negara ini bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpegang kepada pendekatan wasatiyyah.