Sebanyak 69 laporan diterima berhubung isu jalur gemilang terbalik kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 501 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kes ini juga akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik mula tular di platform media sosial sehingga timbul kritikan oleh pelbagai pihak.

BACA: Pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah tidak disengajakan - KPN

BACA: Jalur Gemilang terbalik: KPM akan siasat, ambil tindakan terhadap pembekal

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video dengan paparan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ia susulan pemerhatian agensi itu yang mendapati terdapat penularan gambar dan video berkaitan, sedangkan ada antara insiden berkenaan yang tidak disengajakan atau telah lama berlaku.

BACA: Jangan tular video, gambar jalur gemilang terbalik - MCMC