awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal Yunos bebas dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
20/10/2016
13:37 MYT
Jamal Yunos bebas dengan jaminan polis
Jamal (gambar) ditahan bagi membantu siasatan mengikut empat akta iaitu Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail / Astro AWANI
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos dibebaskan dengan jaminan polis petang ini selepas direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.
Jamal, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, ketika ditemui di luar IPD Dang Wangi, berkata pihaknya akan mengadakan satu perhimpunan Baju Merah pada 5 Nov ini di Dataran Merdeka bagi menentang Bersih 5.
Katanya, himpunan Baju Merah itu tidak mewakili mana-mana parti politik.
"Perhimpunan Merah ini tiada kena mengena dengan UMNO, ini adalah solidariti gabungan NGO di negara ini," katanya kepada pemberita di sini.
Semalam, Jamal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8.30 pagi sebaik tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi, di sini untuk diambil keterangan.
BACA: Pemimpin kumpulan Baju Merah, Jamal Yunos ditahan di KLIA
BACA: Jamal Yunos direman dua hari
Beliau ditahan bagi membantu siasatan mengikut empat akta iaitu Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#dibebaskan
#IPD Dang Wangi
#Jamal Yunos
#jaminan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan