awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal Yunos ditangkap ketika sedang gunting rambut

Hakim Rahman
Hakim Rahman
02/07/2018
14:25 MYT
Jamal Yunos ditangkap ketika sedang gunting rambut
Datuk Seri Jamal Md Yunos telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada 6.15 petang waktu Malaysia. - Gambar Fail
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dikatakan ditahan ketika dia sedang menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta Selatan.
Menurut sumber keselamatan, Jamal bersembunyi di beberapa lokasi sebelum dia ditangkap pada 6.15 petang (waktu Malaysia) pada Isnin oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).
"Jamal dipercayai bersembunyi di Medan, Sumatera Utara sebelum menukar lokasi ke Jakarta Selatan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Dia dipercayai menggunakan laluan laut untuk ke Medan," kata sumber keselamatan tersebut kepada Astro AWANI.
Tambahnya, Jamal dijangka dihantar pulang ke Malaysia minggu ini selepas selesai urusan dokumentasi.
BACA: Jamal Md Yunos ditangkap pihak berkuasa Indonesia
Jamal Md Yunos yang juga bekas calon ketua pemuda UMNO itu dikehendaki PDRM kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.
Dia bagaimanapun melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.
Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.
Dia juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jamal Md Yunos
#keselamatan
#PDRM
#Pemuda UMNO
#Sungai Besar
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan