NATIONAL
'Jangan sibuk campuri urusan negeri, Johor masih ada Sultan' - Sultan Johor

Jelas baginda, biar pun kini berada di luar negara, perkembangan dalam negara terutamanya di Johor tetap diikuti melalui laporan semua pihak. - Gambar fail
"Jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan," titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Jelas Sultan Ibrahim, biar pun baginda kini berada di luar negara, perkembangan dalam negara terutamanya di Johor tetap diikuti melalui laporan semua pihak.
"Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.
"Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti," titah baginda lagi menerusi akaun Facebook rasmi baginda pada Rabu.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu adalah hak kerajaan dan parti politik yang memenangi pilihan raya bukan Institusi Raja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami