Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, hari ini memberikan ucapan selamat tinggal bersertakan pesanan kepada bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik susulan pengumuman peletakan jawatan yang dibuatnya pada Khamis.
Beliau yang membuat catatan menerusi Facebook peribadinya, turut memetik kata-kata daripada seorang ulama dan sasterawan ternama Indonesia, Allahyarham Prof Abdul Malik Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Buya Hamka.
“Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh.
“Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah.
“Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua,” catat Teo di Facebook.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Kulai itu turut menyifatkan Maszlee sebagai seorang yang kuat semangat dan tidak kenal erti lelah.
“Banyak yang telah saya pelajari dari YB Dr. Maszlee, seorang yang kuat semangat dan tidak kenal erti lelah,
“Mengemudi satu Kementerian yang besar, bukanlah tugas mudah,” jelas Teo dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau turut memuji hasil kerja yang telah dihasilkan oleh Maszlee sepanjang 20 bulan berkhidmat dalam Kementerian Pendidikan.
“Pelbagai perubahan positif telah beliau bawa demi menambah baik sistem pendidikan negara di peringkat pendidikan asas mahupun pendidikan tinggi,”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pimpinan YB Dr. sepanjang kami berkhidmat bersama,” katanya lagi.
Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri semalam, Dr Mahathir berkata pengganti Maszlee akan diumumkan sedikit masa lagi.
BACA: 'Atas nasihat Ayahanda Tun M, saya letak jawatan Menteri Pendidikan' - Maszlee
BACA: Petisyen desak Maszlee dikekalkan dapat sambutan
BACA: Bukan Maszlee, 'sedozen' menteri lain lebih layak letak jawatan - Khairy
Faris Danial Razi
Fri Jan 03 2020
Teo Nie Ching membuat catatan menerusi Facebook peribadinya juga memetik kata-kata daripada seorang ulama dan sasterawan ternama Indonesia, Buya Hamka. - Facebook Teo Nie Ching
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
"Jangan takut jatuh ..." - Teo Nie Ching petik kata-kata Hamka buat Maszlee
Teo Nie Ching turut memetik kata-kata daripada seorang ulama dan sasterawan ternama Indonesia, Buya Hamka buat Maszlee Malik.