awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh remaja ditahan bantu siasatan kes kebakaran pusat tahfiz

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2017
11:47 MYT
Tujuh remaja ditahan bantu siasatan kes kebakaran pusat tahfiz
Amar Singh memaklumkan bahawa polis telah menahan tujuh remaja bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. -Astro AWANI
Polis menahan tujuh remaja bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Mereka berumur di antara 11 dan 18 tahun dan bukan pelajar dari pusat tahfiz berkenaan.
Penahanan itu dilakukan hasil pengecaman wajah seorang remaja melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh dalam sidang media khas pada Sabtu berkata siasatan polis mendapati wujud unsur khianat dengan niat membakar dalam insiden yang telah meragut nyawa 23 mangsa itu.
Tambahnya, enam daripada tujuh suspek disahkan positif dadah, manakala dua suspek memiliki rekod kesalahan lampau.
Beliau berkata motif kebakaran berpunca daripada ejek mengejek di antara suspek dengan pelajar tahfiz.
Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 sebab khianat menggunakan api.
BACA: Tindakan tegas jika terbukti wujud unsur khianat - TPM Zahid
BACA: Pengusaha sekolah pondok tidak ambil berat aspek keselamatan kebakaran - Bomba
Topic Berkaitan
#CCTV
#kebakaran
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#remaja
#siasatan
#tujuh remaja ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan