Jenazah Mahadzir Lokman disemadi esok

Jenazah Mahadzir Lokman disemadi esok
Jenazah Mahadzir disembahyangkan di Masjid Negeri Sabah sejurus selepas selesai urusan di Hospital Queen Elizabeth di sini, petang tadi. - Gambar Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
KOTA KINABALU: Jenazah pengacara terkenal, Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia di sebuah hotel di sini pagi tadi akan dibawa pulang dengan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines pada jam 9.25 malam ini.

Menurut adik Allahyarham, Ida Lokman yang ditemui di pekarangan Masjid Negeri Sabah di sini sejurus upacara sembahyang jenazah dilakukan sebentar tadi, mengesahkan perkara berkenaan.

Menurut adik Allahyarham, Danny Lokman melalui mesej pesanan ringkas WhatsApp kepada Astro AWANI, solat jenazah akan diadakan di kediaman mereka di Petaling Jaya, Selangor pada jam 9.30 pagi sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada jam 10.30 pagi.

Ruzaini Zulkepli

BACA: Mahadzir Lokman meninggal dunia


Allahyarham Mahadzir, 61 tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di biliknya, Hotel Shang Ri La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, pada jam 11 pagi tadi, oleh sepasukan anggota polis yang menerima maklumat orang awam.