awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Pitt Hanif dibawa ke Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
27/10/2019
15:32 MYT
Jenazah Pitt Hanif dibawa ke Kuala Lumpur
Jenazah Allahyarham Pitt Hanif yang lemas ditemui pasukan keselamatan pada Ahad. - Gambar Facebook FAUZIAH NAWI
Jenazah pengarah filem mangsa kejadian lemas di Sungai Jelai, Kuala Lipis, dituntut keluarganya selepas selesai dibedah siasat di Hospital Kuala Lipis, kira-kira pukul 10.30 malam ini.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata jenazah Firdaus Hanif, 43, dibawa keluarganya ke Kuala Lumpur bagi urusan pengebumian, selepas dituntut.
"Keputusan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Jenazah mangsa ditemui terapung oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bukit Angin, terapung 500 meter dari lokasi kejadian pada 4.25 petang tadi, selepas operasi mencari dan menyelamatnya masuk hari kedua pada hari ini.
Semalam, mangsa dilaporkan hilang berhampiran Jambatan Gemunchur di Mela selepas bot fiber dinaikinya bersama rakan untuk memancing, terbalik dan rakannya Sham Mokhtar, 38, dilaporkan berjaya berenang menyelamatkan diri dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu.
BACA: Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR
BACA: "Pitt.. damailah di sana, kami akan merindui kamu"
Anak kepada pelakon Fauziah Nawi yang juga dikenali sebagai Pitt itu, difahamkan berada di daerah itu bagi menyiapkan penggambaran filem 'Coast Guard' yang bermula kira-kira dua bulan lalu.
Sementara itu isteri Allahyarham, Farah Ahmad, 42, berkata Allahyarham sedang merancang percutian baginya dan tiga orang anaknya, sebelum kejadian itu berlaku.
"Dia meminta saya memeriksa tiket kapal terbang dan lokasi percutian, kerana ingin membawa kami bercuti di luar negara.
"Dia juga sejak akhir-akhir ini sering berkata bahawa dia merindui anak-anaknya dan meminta kami sekeluarga menunggu dirinya pulang ke rumah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak Fauziah Nawi
#Farah Ahmad
#Fauziah Nawi
#Firdaus Hanif
#jenazah Pitt Hanif
#mangsa lemas
#pengarah filem
#Pitt Hanif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan