Jenazah Siti Kharina selamat tiba di kampung halaman untuk dikebumikan

Jenazah Siti Kharina selamat tiba di kampung halaman untuk dikebumikan
Jenazah Siti Kharina selamat tiba di kediaman keluarganya di Kampung Tengah, Seri Menanti. - Foto ihsan BERNAMA
KUALA PILAH: Jenazah Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin selamat tiba di kampung halamannya di Kampung Tengah, Seri Menanti, di sini 6.15 petang Khamis.

Jenazah kemudiannya disembahyangkan di rumah milik keluarganya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, di sini.

Terdahulu, pihak polis menemui jasad Kharina yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu di sebuah unit kondominium di Cyberjaya.

Dia dipercayai telah dibunuh antara empat hingga lima hari lalu sebelum mayatnya ditemui.

Ahli Parlimen Kuala Pilah merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith antara 100 hadirin yang menziarahi jenazah. 


Suami arwah, Mohd Udzair Khalid, sebak menyambut kepulangan jenazah di kampung halaman. - Ihsan Bernama



Upacara pengkebumian dijalankan selepas solat Isyak.

BACA: Jururawat mati dibunuh: Suspek warga Nigeria, Pakistan ditahan bantu siasatan

BACA: Siti Kharina ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar

Dalam perkembangan sama, pada petang Khamis, pihak polis berjaya memberkas seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Siti Khairina.

Lelaki Nigeria Aliwajuwon Gilbertalowonle yang diburu sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu ditahan di sekitar Cheras Sentral di sini pada lebih kurang jam 3 petang.

BACA: Kes bunuh Siti Kharina: Suspek ketiga ditahan polis





Tag: kebumi, Siti Kharina Mohd Kamarudin, pengkebumian, jenayah, kes bunuh, Ketua Jururawat Hospital Serdang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.