awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jumpa di mahkamah" - mesej Kula Segaran pada Dr Zakir Naik

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2019
07:16 MYT
"Jumpa di mahkamah" - mesej Kula Segaran pada Dr Zakir  Naik
"Zakir sepatutnya tahu bahawa tiada keperluan untuk beliau menunggu jawapan daripada saya," - Kula Segaran.
Naib Presiden DAP, M. Kula Segaran sedia ke mahkamah bagi berdepan dengan penceramah Dr Zakir Naik susulan kenyataannya menggesa tindakan diambil terhadap penceramah bebas dari India itu.
Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menegaskan, tidak akan meminta maaf pada pendakwah kelahiran India itu.
"Zakir sepatutnya tahu bahawa tiada keperluan untuk beliau menunggu jawapan daripada saya.
"Beliau perlu menasihatkan peguamnya untuk memfailkan prosiding jika serius kerana saya teguh dalam memerangi perkara ini, biar apa yang datang sekali pun," kata Kula Segaran dalam kenyataan pada Sabtu.
Kenyataan itu dikeluarkan dari Jepun di mana beliau kini berada atas urusan rasmi.
Dalam kenyataan itu juga, Kula Segaran berkata, perkara yang perlu diyakini ialah beliau tidak akan berpaut dan lari ke negara lain untuk mencari perlindungan.
"Saya akan kembali ke tanah air dan mempertahankan tuduhan tidak berasas itu tanpa sebarang rasa takut," tegas Kula Segaran lagi.
Menurut Kula Segaran, beliau mengalu-alukan peluang untuk berdepan dengan sentimen ketaksuban dan anti rakyat Malaysia bagi pihak yang mengundi dan bergantung kepadanya untuk menjaga negara ini.
"Mesej saya kepada Zakir adalah saya akan berjumpa dengannya di mahkamah!" katanya.
Pada Jumaat, Dr Zakir menuntut Kula Segaran memohon maaf secara terbuka kepadanya dalam tempoh 48 jam atas kenyataan yang didakwa telah menfitnah penceramah bebas itu.
Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan saman akan diambil terhadap Ahli Parlimen Ipoh Barat itu.
BACA: Zakir Naik, Pengerusi Dong Zong, Yew Yin akan dipanggil polis
Topic Berkaitan
#Jumpa di mahkamah
#kontroversi
#Kula Segaran
#Menteri Sumber Manusia
#pendakwah
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan