Tutup

Kagumi Korea Selatan tidak bermakna pinggirkan Jepun, China

Kagumi Korea Selatan tidak bermakna pinggirkan Jepun, China
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media bersama pengamal media Malaysia sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Korea Selatan 2019, Selasa malam. - Foto BERNAMA
BUSAN: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keterujaan Malaysia terhadap teknologi Korea Selatan tidak bermakna negara meminggirkan kepentingan negara lain terutama Jepun dan China.

Sebaliknya kata beliau, Malaysia sentiasa menjadi rakan kepada semua negara.

“Tidak timbul persoalan mengenai tidak mengendahkan mana-mana pihak (negara). Dasar Malaysia ialah sentiasa menjadi rakan kepada semua negara.

“Satu penghormatan kepada ideologi yang boleh kita dapat daripada Jepun manakala China juga mempunyai teknologi yang berguna untuk Malaysia.
“Jadi kita akan bekerjasama dengan semua negara dan kita akan buat pilihan untuk mencari kepakaran dari negara mana yang paling terbaik,” katanya dalam satu sidang media bersama wartawan Malaysia selepas menghadiri hari terakhir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-ROK 2019 di Busan pada Selasa.

BACA: Tun Mahathir kagumi teknologi Korea Selatan
Dasar Selatan Baharu yang dilaksanakan Korea Selatan dan Dasar Pandang Ke Timur juga ada perbezaan dan manfaat masing-masing.

“Kita ada Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini adalah untuk kita belajar daripada mereka. Namun bagi Dasar Selatan Baharu adalah untuk kita melihat kepada bentuk kerjasama dengan ASEAN dalam memastikan pemindahan teknologi, pelaburan, pendidikan dan mereka memberikan kita perjanjian,” ujar Perdana Menteri.

Malah, Korea Selatan sentiasa dilihat berada di hadapan dan negara itu sentiasa bersedia untuk membantu negara ASEAN.




Tag: Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, kagumi Korea Selatan, teknologi Korea Selatan, Korea Selatan, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Selatan Baharu, ASEAN



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.