Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) akan mengadakan perbincangan bagi mengkaji semula enakmen pentadbiran agama Islam berkaitan pengislaman mualaf.
Perbincangan itu bagi mewujudkan keharmonian antara sistem perundangan sivil dan syariah berkaitan tuntutan terhadap mualaf.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Rahim berkata pihaknya akan mengarahkan Bahagian Undang-Undang Ukhwah Pejabat Kadi Besar Negeri untuk mengkaji semula prosedur berkenaan sebelum individu memeluk Islam.
Katanya pernah satu peringkat dulu dibincangkan supaya sebelum salah satu pihak memeluk Islam, mereka perlu menyelesaikan tuntutan dengan pendaftar pernikahan.
“Sebelum ini ada perbincangan supaya sebelum salah satu pihak hendak memeluk Islam, perlu diselesaikan tuntutan terlebih dahulu di pendaftar pernikahan. Kita nak perkasakan agama Islam dan angkat Rang Undang-Undang (RUU) sebagai satu perundangan Islam tertinggi tetapi prosedur sebegini pun kita tak mampu ikut,” kata Mutalip.
Mutalip berkata demikian sebagai mengulas penukaran agama tiga anak guru tadika, M.Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam, terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.
Semalam, mahkamah persekutuan menerusi panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan akhir dibuat Indira berhubung kesahihan penukaran agama tiga anaknya iaitu Tevin Darsiny, 21, Karan Dinish, 20 dan Prasana Diksa, 9, kepada Islam.
Menerusi 99 muka surat penghakiman yang dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum sijil perakuan memeluk Islam dikeluarkan oleh pendaftar mualaf.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan SKIM bantuan guaman Syarie 2018 di Mahkamah Syariah Negeri Johor, Johor Bahru, Johor.
Astro Awani
Tue Jan 30 2018
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Rahim mencadangkan kaji semula enakmen pengislaman mualaf. - Astro AWANI
Fotofit suspek simbah asid sedang disiapkan - KPN
Menurut Razarudin, setakat ini, lebih 12 individu telah direkod keterangan.
[TERKINI] Malaysia mengalu-alukan resolusi UNGA
Malaysia mengalu-alukan penerimaan pakai Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Sidang Khas Darurat Kesepuluh yang disambung semula pada 10 Mei 2024.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Sebuah video serangan ke atas Israel dikeluarkan Hamas
Sebuah rakaman dikeluarkan Hamas pada Jumaat, mendakwa melakukan serangan ke atas tentera Israel di kawasan kejiranan di Bandar Gaza dan melepaskan bom di Beersheba, Israel.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Kaji semula enakmen pengislaman mualaf - JAIJ
KERAJAAN negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIJ) akan mengadakan perbincangan bagi mengkaji semula enakmen pentadbiran agama Islam berkaitan pengislaman mualaf.