awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR saran bakal calon buat semakan awal
Empat ditahan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan
Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan Malaysia Airports parah kemalangan di landasan meninggal dunia

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
19/03/2019
14:49 MYT
Kakitangan Malaysia Airports parah kemalangan di landasan meninggal dunia
Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39 tahun, meninggal dunia pada jam 6.45 petang Selasa.
Pekerja Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang yang parah selepas terlibat dengan kemalangan di lapangan tersebut awal pagi Isnin, menghembuskan nafasnya terakhirnya pada petang tadi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39 tahun, meninggal dunia pada jam 6.45 petang Selasa.
“Selepas dua hari diberi rawatan intensif, mangsa, Mohd Ruzaimi meninggal dunia pada jam 6.45 petang hari ini meninggalkan seorang isteri Nor Azawiah Md Usuf dan empat cahaya mata berumur 1 hingga 13 tahun.
"Ruzaimi seorang kakitangan yang berdedikasi dan sangat komited terhadap pekerjaannya. Beliau menyerlah di kalangan rakan sekerja dan pihak pengurusan sebagai seorang yang berbakat dengan etika kerja yang membanggakan.
Pemergiannya merupakan kehilangan tragis buat Malaysia Airports," kata kenyataan tersebut.
BACA: Kakitangan Malaysia Airports parah kemalangan dengan pesawat persendirian
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata syarikat itu sedang membantu dalam menguruskan pengekebumian jenazah.
"Keutamaan kami adalah untuk memastikan keselesaan dan kebajikan keluarga dapat dijaga," katanya.
Dalam kejadian jam 3.20 pagi Isnin, Mohd Ruzaimi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di landasan dengan pesawat persendirian.
Penumpang dan kru pesawat bagaimanapun berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera.
Insiden itu menyebabkan ketibaan beberapa penerbangan terjejas disebabkan kerja-kerja membersihkan serpihan di lapangan terbang akibat kemalangan tersebut.
Operasi penerbangan dilaporkan kembali pulih bermula dari 9 pagi hari yang sama.
Malaysia Airports juga telah menubuhkan pasukan penyiasat dan sedang bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi menyiasat punca kemalangan.
Topic Berkaitan
#kemalangan lapangan terbang subang
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
#MAHB
#Malaysia Airports Holdings Berhad
#Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali
#Nor Azawiah Md Usuf
#Pekerja Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
#Raja Azmi Raja Nazuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan