awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau saya tahu jadi macam ni saya cium dia tadi' - Papagomo

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
16/02/2019
10:38 MYT
'Kalau saya tahu jadi macam ni saya cium dia tadi' - Papagomo
Papagomo sedia beri keterangan kepada Polis pada Ahad. - Gambar fail
Exco pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo menafikan bahawa dia melakukan kekasaran terhadap Menteri Belia Dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih pada Sabtu.
Beliau yang dihubungi oleh Astro AWANI berkata pihak Syed Saddiq tidak menceritakan situasi sebenar apa yang berlaku.
“Ketika itu saya lihat dah berlaku kekecohan. Saya pergi kepada beliau untuk leraikan serta bawa dia keluar dari kumpulan tersebut. Memang saya cakap ‘ko ni bodohlah, bro’ pada beliau sebab dia sengaja lalu di depan semua penyokong BN yang ada di situ.
"Sebab dia memang buat provokasi. Saya kenal dia lama dan kami memang berkawan lama. Saya hormati dia sebagai kawan dan sebagai Menteri. Kami pun dulu selalu lepak sekali tapi apa yang dia kata bahawa saya 'cekak' leher dia dengan kasar itu tak betul sama sekali. Saya datang untuk tolong dia," jelasnya.
Jelas Azri, pihak polis juga sudahpun menghubungi beliau untuk tampil memberi keterangan dan beliau bersedia untuk melakukannya.
“Saya tidak ada masalah untuk beri keterengan sepenuhnya kepada pihak polis dan insyallah saya akan buat esok kerana hari ni saya tak sempat," jelas beliau.
“Polis dan pasukan keselamatan ada kat situ,kalaulah betul saya buat kekasaran atau betul bergaduh dengan beliau tentu dah saya ditahan di situ juga. Tak mungkin pihak polis hanya melihat saya melakukan kekasaran kepada beliau tanpa melakukan apa-apa. Kalau saya tahu jadi macam ni saya cium dia tadi!" Katanya sebelum mengakhiri perbualan.
BACA: Syed Saddiq buat laporan polis, dakwa 'dicekik' Papagomo
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Barisan Nasional
#Belia
#calon
#Exco
#menteri
#pemuda
#Pemuda UMNO
#polis
#Semenyih
#sukan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan