awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq buat laporan polis, dakwa 'dicekik' Papagomo

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2019
11:10 MYT
Syed Saddiq buat laporan polis, dakwa 'dicekik' Papagomo
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung cubaan mencederakan dirinya oleh sekumpulan penyokong pembangkang.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung cubaan mencederakan dirinya oleh sekumpulan penyokong pembangkang selepas tamat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, pagi tadi.
Laporan berkenaan dibuat kira-kira jam 2.30 petang tadi di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya.
Katanya, beberapa penyokong pembangkang menyerbu ke arah beliau dan salah seorang daripada mereka (Papa Gomo) memegang bahu serta mencekak leher Ketua Pemuda Bersatu.
Dakwa Syed Saddiq, serangan provokasi itu berlaku pada jam 11.30 pagi sebaik beliau keluar dari pusat penamaan calon PRK DUN Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Berikut adalah transkripsi penuh dakwaan beliau:
“Saya telah buat laporan polis berkenaan insiden tadi, untuk memberikan penerangan sedikit tentang insiden tadi, selepas penamaan calon telah tamat dalam 11 ke 11:30 dalam tempoh masa tersebut, saya dan lagi tiga orang berjalan menuju ke kereta, apabila pergi ke tempat parking kereta, kami ambil jalan paling kanan sekali yang sangat dekat dengan longkang.
Dan jalan paling kanan tersbut di antara kami dan tiba-tiba penyokong BN yang datang tu ada lalu lintas kereta.
Jadi it’s already opened, kereta lalu lintas.
Mula-mula mereka guna kata-kata kesat, tetapi itu lumrah biasa dalam dunia politik tapi apabila saya beri salam dan jalan saja ada beberapa daripada mereka terus terjah, terjah trafik juga untuk pergi ke kawasan kami.
Bila terjah ke kawasan kami, kami tetap cuba jalan tapi sebab banyaknya mereka kami dikepung. Alhamdulillah ada beberapa polis berdekatan cepat-cepat berada di sana. UTS Amin juga cuba menolong saya. Tetapi dia ditolak few times la, tolak beberapa kali untuk diketepikan supaya mereka boleh mara ke depan. Selepas itu polis dan bebrapa unit amal escort saya untuk bawa saya ke depan. Bila bawa saya ke depan mereka tetap kejar kami dan ikut kami.
Bila nampak video banyak orang, dan sebab kami belah paling kanan sekali, kalau pegi kanan lagi sikit ada longkang kat belakang.
Sambi tengah jalan dah half way in, tiba tiba seorang Exco Pemuda UMNO Papa Gomo, dia guna belah kanan yang ada parit come behind me, terus dia cekak guna tangan kiri dia dekat neck dekat belakang secara kuat, dekat situ, nanti video akan keluar, saya pun tak tau apa niat dia buat perkara tu di sana, tapi dia ada ugut lah jangan cari pasal atau dia ckp jangan datang dekat kami.
Saya pun masa itu tak boleh cakap apa, jalan depan terus, jalan depan, lepas tu polis cepat cepat tolak dia ke belakang sebab nampak dia tiba-tiba intrude daripada jauh, terus masuk kereta, saya drive”
Sementara itu, Papagomo yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris menerusi akaun Twitternya berkata, menadikan serangan daripada penyokong BN kepada Syed Saddiq.
Lapor MalaysiaKini, Papa Gomo mendakwa tindakannya (mengunci leher dengan lengan) adalah bagi melindungi menteri muda itu.
Ni video bukti tidak ada apa apa serangan pun dari penyokong BN kepada YB @SyedSaddiq malah Aku sendiri peluk dia cakap Kau ni Bodoh lah Bro dan minta dia hentikan provokasi. RT biar rakyat Malaysia tahu Syed Saddiq kaki penipu! #PRKSemenyih pic.twitter.com/bjYJVhyvJh
— PEMBANGKANG (@Sir_Azri) February 16, 2019
Tak terkejut dengan laporan Polis oleh YB @SyedSaddiq ini kerana beliau akan cari orang yang boleh disalahkan dalam insiden pagi tadi. Punya ramai serang dia katanya tapi mana? pic.twitter.com/MnrBqwC6Tt
— PEMBANGKANG (@Sir_Azri) February 16, 2019
Ketika dihubungi Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan, ini jawapan daripada Papagomo sendiri:
BACA: 'Kalau saya tahu jadi macam ni saya cium dia tadi' - Papagomo
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Menteri Belia dan Sukan
#Pemuda UMNO
#Semenyih
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan