awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tolak tekanan asing berhubung rusuhan, kata utusan ke PBB
Tindakan tegas menanti peniaga jual beg plastik sekali guna di Perak
Manfaat teknologi AI, robotik untuk perkukuh industri halal - KP JAKIM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kami sangat bernasib baik kerana setakat ini, semua pendaki selamat"

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
08/03/2018
16:53 MYT
"Kami sangat bernasib baik kerana setakat ini, semua pendaki selamat"
Kesemua pendaki dan malim dijangka akan tiba di Taman Kinabalu pada jam 3 atau 4 pagi Jumaat.
Kira-kira 130 pendaki Gunung Kinabalu telah mula bergerak turun dari Laban Rata, menuju ke Taman Kinabalu Sabah sejak jam 10 malam pada Khamis.
Menurut Malim gunung, Nizam yang ketika ini sedang membawa kesemua pendaki itu turun berkata dia menjangka mereka akan tiba di Taman Kinabalu pada jam 3 atau 4 pagi Jumaat.
"Ketika gegaran berlaku, kami semua di Laban Rata telah diarahkan ke kawasan helipad.
"Kami sangat bernasib baik kerana setakat ini, semua pendaki selamat," kata Nizam.
Nizam turut mengakui gempa bumi yang berlaku itu agak menakutkan kerana gegaran yang kuat, sejak kejadian pada 2015.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu Junaydie Sihan berkata 18 orang malim gunung termasuk anggota Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat di Gunung (Mosar) ketika ini sedang memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu bagi membantu malim gunung lain membawa semua pendaki turun secepat mungkin.
Gempa ini merupakan yang terkuat selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang juga berpusat di Gunung Kinabalu pada 2015.
Gegaran kali ini dilaporkan turut dirasai di beberapa lokasi lain di Sabah termasuk Kota Kinabalu, Kundasang, Penampang, Tuaran, Kudat dan Kota Marudu.
BACA: Gempa bumi bermagnitud 5.2 melanda Ranau
BACA: Pendaki batal ekspedisi susulan gempa Ranau
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Gunung Kinabalu
#Laban Rata
#MOSAR
#pendaki
#Taman Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan