Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dua bulan maut dihempap pintu pagar besi sebuah taska di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas di sini, petang semalam.
Dalam kejadian 6.27 petang itu, mangsa, Nur Adawiyah Zulkifli bersama dua adik beradiknya dipercayai sedang bermain sorong tarik pagar sebelum pagar beroda itu terkeluar dari landasannya lalu menghempap mangsa.
Mangsa yang juga murid di taska itu disahkan meninggal dunia pada 6.39 petang ketika tiba di klinik kesihatan berhampiran selepas mengalami kecederaan di kepala.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Zakaria Abd Rahman dalam satu kenyataan berkata sebelum kejadian, semua murid mula dijemput ibu bapa masing-masing termasuk mangsa, abang serta kakaknya yang dijemput ibu mereka berusia 36 tahun kira-kira 5 petang.
Beliau berkata, ibu mangsa kemudian berbual bersama guru sambil membantu mengemas kelas, manakala mangsa bersama kakak dan abangnya yang berusia tujuh dan lima tahun bermain di luar premis.
"Tiba-tiba ibu mangsa dan guru taska tersebut dikejutkan dengan bunyi bising dan berlari keluar sebelum mendapati mangsa terbaring dihempap besi pagar taska itu," katanya sambil menyatakan kakak serta abang mangsa terselamat.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dua bulan maut dihempap pintu pagar besi sebuah taska di Kampung Melayu Raya. - Gambar hiasan
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
Kanak-kanak tiga tahun maut dihempap pintu pagar
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dua bulan maut dihempap pintu pagar besi sebuah taska di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas di sini, petang semalam.