awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak warga China positif koronavirus di Malaysia pulih sepenuhnya

Farhana Joni
Farhana Joni
04/02/2020
15:18 MYT
Kanak-kanak warga China positif koronavirus di Malaysia pulih sepenuhnya
Kanak-kanak warganegara China bebas daripada jangkitan novel koronavirus selepas mendapat rawatan di Hospital Sultanah Malihah, Langkawi dibenarkan pulang. -Gambar KKM
Seorang kanak-kanak perempuan warga China yang dijangkiti novel koronavirus dan dirawat Hospital Sultanah Maliha, Langkawi disahkan pulih sepenuhnya dari virus berkenaan dan dibenarkan pulang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil ujian pengesanan ulangan yang dijalankan dua kali ke atas kanak-kanak berusia 4 tahun itu mendapati dia berada dalam keadaan sihat.
Menurut beliau, ia merupakan kes pertama di Malaysia melibatkan pesakit yang positif koronavirus, pulih sepenuhnya.
"Kes pertama positif novel koronavirus yang pulih sepenuhnya," kata Dr Noor Hisham kepada Astro AWANI.
Kanak-kanak warganegara China bebas daripada jangkitan koronavirus selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Malihah, Langkawi. - Gambar KKM
Kanak-kanak warganegara China bebas daripada jangkitan koronavirus selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Malihah, Langkawi. - Gambar KKM
Jelas beliau, kes ini menunjukkan bahawa jangkitan virus berkenaan boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.
"Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Angka korban hampiri 500 di seluruh dunia
Kanak-kanak warganegara China bebas daripada jangkitan koronavirus selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Malihah, Langkawi. - Gambar KKM
Kanak-kanak warganegara China bebas daripada jangkitan koronavirus selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Malihah, Langkawi. - Gambar KKM
Terdahulu, kanak-kanak perempuan terbabit dilaporkan positif novel koronavirus pada 29 Januari lalu, dan dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah.
Sampel klinikal kanak-kanak terbabit telah diambil semula sebanyak dua kali berturut-turut sepanjang tempoh rawatan dan pemantauan.
BACA: Dua kanak-kanak warganegara China dikuarantin di Langkawi
Topic Berkaitan
#China
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Hospital Sultanah Malihah
#Kanak-kanak
#Kedah
#koronavirus
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan