awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS nafi berurusan dengan syarikat yang berkait dengan serbuan polis

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/01/2020
07:51 MYT
KBS nafi berurusan dengan syarikat yang berkait dengan serbuan polis
Tiada lagi kontrak baharu diberikan kepada syarikat itu sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, pada Mei 2018. - Gambar fail
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini menafikan mempunyai urusan terkini dengan syarikat GK Sports and Recreation Sdn Bhd, yang dikaitkan dengan serbuan polis di Puchong, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, KBS berkata, tiada lagi kontrak baharu diberikan kepada syarikat itu sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, pada Mei 2018.
“Di bawah kepimpinan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, tiada penyelewengan dan salahguna kuasa berhubung dengan tatacara perolehan dan perkhidmatan di Kementerian ini,” kata KBS.
Kementerian menyebut, proses pemilihan syarikat di dalam urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan dilaksanakan mengikut tatacara perolehan bekalan atau perkhidmatan sejajar dengan arahan perbendahaan oleh Kementerian Kewangan yang telah dikuatkuasakan.
“Pihak Kementerian sentiasa terbuka dan menyerahkan urusan siasatan dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak berkuasa lain yang bertanggungjawab,” menurutnya lagi.
BACA: Pesta persendirian: Pegawai disiasat akan digantung tugas - Syed Saddiq
BACA: Kes dadah: Adhif Syan digantung jawatan Ketua Armada Selangor
Pada Isnin lepas, seramai 17 individu telah ditahan dalam satu serbuan polis di kondominium itu.
Selain seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, turut ditahan ialah pegawai khas beberapa menteri, termasuk seorang individu yang dikatakan pemilik sebuah syarikat yang membekalkan peralatan sukan kepada KBS.
Topic Berkaitan
#Adhif Syan Abdullah
#KBS
#Kementerian Belia dan Sukan
#Pakatan Harapan
#Syed Saddiq
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan