Pesta persendirian: Pegawai disiasat akan digantung tugas - Syed Saddiq

Pesta persendirian: Pegawai disiasat akan digantung tugas - Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan media pada Isnin. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau telah dimaklumkan berkenaan penahanan beberapa individu termasuk beberapa pegawai yang didakwa dari kementeriannya oleh pihak polis pada pagi Isnin.

Beliau turut memaklumkan akan menggantung sementara tugas pegawai yang dikaitkan sehingga siasatan selesai.

"Susulan ini, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut prinsip 'Rule of Law'.

"Semua rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang negara tanpa mengira jawatan atau status," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan

BACA: ADUN Dengkil, Adhif Syan nafi ditahan polis, positif dadah

Terdahulu, tular di media sosial berhubung penahanan 17 individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan beberapa pegawai khas ahli politik di sebuah pusat hiburan sekitar Damansara, Petaling Jaya, awal pagi Isnin.

Laporan itu menyatakan bahawa penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah pesta persendirian di lokasi terbabit.

Ketua Polis Negara ,Tan Sri Abdul Hamid Bador dijangka mengadakan sidang media khas pada jam 3.00 petang nanti.


Tag: Politik, PDRM, Syed Saddiq, PPBM, Adun, Dadah, Ahli Politik, Pegawai Khas, Serbuan, Penahanan, Damansara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.