Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan kerajaan negeri Johor mengeluarkan arahan perintah larangan keluar malam bagi remaja bawah umur di lokasi tertentu dan berisiko.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat larangan keluar malam di lokasi yang berisiko terutama di kawasan bandaraya dan jalan-jalan utama yang merbahaya.

"Masalah sekarang ini polis mempunyai kuasa yang terhad terhadap mereka yang bawah umur jadi kalau kerajaan negeri sendiri mengambil satu ketetapan bahawa ia bukan perintah berkurung, tetapi melarang mereka berkeliaran pada waktu malam tambah lagi kawasan jalan raya utama yang merbahaya," kata Nur Jazlan dalam sidang media di sini, hari ini.


BACA: 'Berbasikal di tengah malam bukan perkara baru, harap jadikan pengajaran'

BACA: Pemandu terlibat tragedi berbasikal tidak guna telefon bimbit - Polis

BACA: Sesetengah pihak sifatkan aksi remaja berbasikal 'sengaja menempah maut'

Cadangan tersebut sebagai langkah mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti rempuhan maut yang meragut lapan nyawa remaja yang berbasikal di sini awal pagi semalam.