Kehadiran kapal perang antarabangsa di Laut China Selatan hanya akan meningkatkan tekanan di antara kuasa besar yang terlibat dengan konflik tersebut seperti China dan Amerika Syarikat.
Malah, Profesor Politik dan Kerajaan, Universiti Putra Malaysia, Professor Dr Jayum Jawan berkata kehadiran kapal-kapal setiap kuasa besar itu juga mahu menunjukkan keupayaan ketenteraan dan pengaruh geopolitik mereka.
Jayum yang bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kehadiran kapal perang antarabangsa di perairan itu berkata, jalan jangka masa panjang bagi menyelesaikan konflik di perairan tersebut boleh dimeterai menerusi dialog dan konsensus dalam kalangan negara terlibat.
“Laut China Selatan tidak seharusnya dijadikan medan persaingan di antara kuasa-kuasa besar dunia untuk menunjukkan siapa yang lebih dominan dalam politik antarabangsa.
“Sepatutnya pandangan setiap pihak yang menuntut hak perairan dan kawasan mereka harus diambil kira dan diperdebatkan supaya masalah ini dapat diselesaikan.
"Pentingnya adalah supaya kestabilan dan keharmonian di benua ini dapat dipelihara tanpa sebarang bentuk keganasan, provokasi dan tidaklah negara-negara terlibat ini menjadi mangsa keadaan,” katanya kepada Astro Awani.
Jayum turut berpendapat bahawa bantuan daripada kuasa-kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat masih boleh diterima tetapi harus dikawal oleh perpaduan dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.
Sementara itu Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Zaini Othman berkata Malaysia sebagai sebuah wilayah berkecuali harus menolak kehadiran kapal-kapal perang antarabangsa di perairan Laut China Selatan.
“Kehadiran kapal perang di wilayah yang berkecuali bakal mencetuskan situasi gundah-gulana. Wilayah ASEAN yang berkecuali harus dihormati semua pihak.
"Anggota ASEAN perlu bersatu menentang sebarang bentuk provokasi yang boleh mencetuskan ketidakstabilan di rantau ini,” jelasnya.
BACA: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/doktrin-mahathir-relevan-untuk-dasar-pertahanan-perairan-asia-tenggara-chin-tong-180643
Pada Isnin, Senator Dewan Negara, Liew Chin Tong berpendapat doktrin Dr Mahathir yang menetapkan dasar tidak membenarkan sebarang kapal perang ditempatkan di Selat Melaka mahupun Laut China Selatan disifatkan relevan untuk dasar pertahanan perairan Asia Tenggara.
Sebuah laporan majalah antarabangsa TIME pernah menyebut Laut China Selatan sebagai perairan paling berbahaya di dunia. Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), perairan paling berbahaya di dunia adalah di Asia Tenggara kerana kehadiran penjenayah terutamanya penyeludup, lanun dan penculik yang ramai.
Setiap tahun, lebih 120,000 kapal melalui kawasan ini, meliputi lebih satu pertiga dari hasil perdagangan marin. Antara 70 hingga 80 peratus minyak yang diimport dari China dan Jepun melalui perairan ini.
Sementara itu, lebih 41 peratus dari insiden rompakan lanun dari tahun 1995 hingga 2013 berlaku di Asia Tenggara.
Nuradilla Noorazam
Tue Jul 17 2018
Perebutan wilayah di Laut China Selatan melibatkan tuntutan-tuntutan pulau dan wilayah kelautan pada beberapa negara berdaulat di wilayah tersebut, iaitu Brunei, Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Malaysia, Filipina, dan Vietnam.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
PRN Sabah: Calon tempatan, berwibawa fokus setiap parti bertanding
Calon dan situasi tempatan merupakan perkara diambil kira setiap parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 nanti.
Pendirian Sabah dan Mohd Shafie demi kepentingan rakyat, negeri - Dr Zaini
Pendirian Kerajaan Sabah sedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dilihat satu percaturan bijak walaupun memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
BN Sabah perlu fikir hala tuju dan kepimpinan jika mahu kekal relevan - Penganalisis
BN Sabah yang kini cuma tinggal UMNO perlu melihat suasana politik yang berbeza tingkah laku pengundinya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Kehadiran kapal perang di Laut China Selatan hanya mahu tunjukkan siapa hebat
Kuasa-kuasa besar yang terlibat masing-masing mahu menunjukkan keupayaan ketenteraan dan pengaruh geo-politik mereka.
Kerajaan digesa selesaikan isu identiti Bajau Laut, kata pensyarah
Kerajaan digesa mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat etnik Bajau Laut untuk mendapatkan dokumen identiti yang sah.