Tiada lagi penjualan vape atau rokok elektronik di Kelantan bermula tahun depan.

Laporan Berita Harian menyatakan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood memberitahu, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan sebentar tadi.

Keputusan itu diambil berdasarkan laporan daripada pelbagai pihak tentang kesan vape, termasuk daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Mufti dan pihak keselamatan.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan negeri telah mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan notis 14 hari untuk pemilik mengosongkan premis perniagaan daripada kegiatan perniagaan berkenaan.

Penguatkuasaan akan bermula 1 Januari 2016.

Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, menitahkan agar penjualan rokok elektronik atau vape diharamkan di negeri tersebut.