awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kelongsong kecil, macam mana tupai berak dalam tu?' - Peniaga dakwa periuk kera selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2019
12:01 MYT
'Kelongsong kecil, macam mana tupai berak dalam tu?' - Peniaga dakwa periuk kera selamat
Mohd Shahrinnahar bersama periuk kera yang dikutip di jalan Kuantan-Maran saban tahun. -Foto Sinar Harian
Lemang periuk kera merupakan salah satu juadah eksotik yang semakin mendapat permintaan umum di musim lebaran ini.
Namun artikel yang tular mengenai pendapat seorang pensyarah universiti tempatan yang mendakwa aktiviti itu akan mengurangkan populasi tumbuhan berkenaan, membuatkan seorang peniaga di sini tampil beri penjelasan.
Muhammad Shahrinnahar Abdul Latib dari Kuantan berkata, beliau menjual makanan itu sejak dua tahun lalu dan hanya satu lokasi yang menjadi tempat beliau mencari tumbuhan itu.
BACA: Lemang periuk kera timbulkan keresahan pencinta alam
BACA: Hentikan jualan lemang periuk kera - Maya Karin
BACA: Waspada juadah eksotik Aidilfitri
"Lokasinya adalah sekitar kawasan belukar dan lereng bukit di tepi jalan sepanjang Jalan Kuantan-Maran.
“Sebenarnya tidak perlu masuk jauh-jauh dalam hutan pun untuk cari periuk kera ni. Tiap tahun saya cari di tempat yang sama, maknanya pokok kera tak mati pun atau pupus seperti dakwaan ‘pencinta alam sekitar’ itu.
Proses membasuh kelongsong periuk kera dilakukan beberapa kali sehingga bersih. (Gambar kecil: Antara perbualan pelanggan yang terkesan dengan artikel viral.)
Proses membasuh kelongsong periuk kera dilakukan beberapa kali sehingga bersih. (Gambar kecil: Antara perbualan pelanggan yang terkesan dengan artikel viral.)
“Malah pada tahun ni saya rasa hasil periuk kera yang dikutip lagi banyak dari tahun lepas. Maknanya pokok periuk kera semakin bercambah dan membiak dengan baik. Kawasan yang dikutip itu dah saya anggap macam kebun periuk kera sendiri. Tiap tahun saya akan datang kutip di situ,” katanya menerusi hantaran Facebook.
Beliau turut membantah dakwaan mengatakan kelongsong periuk kera menjadi tempat haiwan seperti tupai dan kelawar membuang najis.
BACA: Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?
"Sehingga hari ini, lebih 5,000 kelongsong yang telah dibasuh dan tidak pernah lagi menemui najis haiwan di dalamnya.
“Satu lagi, kelongsong yang saya guna ni kecil, macam mana tupai atau kelawar nak berak dalam tu. Ada satu keje pulak dia nak berak dalam tu.
Mohd Shahrinnahar menegaskan pada awalnya enggan ambil tahu mengenai artikel tular tersebut kerana menganggapnya sebagai pendapat peribadi individu.
Kelongsong yang telah dibasuh dengan bersih.
Kelongsong yang telah dibasuh dengan bersih.
Namun apabila ada pelanggannya membatalkan tempahan di saat akhir kerana kesan artikel tersebut, beliau tampil beri penjelasan.
“Jadi kesimpulannya di sini, jangan nak fitnah makanan tradisional masyarakat Melayu dan Orang Asli ni. Jual lemang ni bukan boleh kaya pun, sekadar boleh beli baju raya anak-anak je..,” katanya.
Topic Berkaitan
#bukan pupus
#juadah eksotik
#kawasan belukar
#lemang periuk kera
#pencinta alam sekitar
#penjual lemang
#populasi tumbuhan
#Shahrinnahar Abdul Latib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan