awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga sahkan mayat dijumpai adalah Nora Anne - Ketua Polis Negeri Sembilan

Fareez Azman
Fareez Azman
13/08/2019
13:11 MYT
Keluarga sahkan mayat dijumpai adalah Nora Anne - Ketua Polis Negeri Sembilan
Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan. - Gambar fail
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir warganegara Ireland Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang hilang pada 4 Ogos lalu adalah milik remaja itu.
Bercakap di sidang media di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, pengesahan dibuat selepas keluarga mangsa membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan di hospital itu sebentar tadi.
#AWANInews #AWANI745 [TERKINI] Ketua Polis N.S. sahkan mayat wanita berkulit putih ditemui adalah Nora Anne Quiorin, hasil pengecaman keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pic.twitter.com/ThQrLTZ31b
— Astro AWANI (@501Awani) August 13, 2019
Sebelum itu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui petang tadi ditemui dalam keadaan tidak berpakaian. Jelas Mazlan, mayat berkenaan ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang hilang.
BACA: Mayat dijumpai tidak berpakaian - Timbalan KPN
Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.


Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#hilang
#Hospital Tuanku Jaafar
#ketua polis negeri sembilan
#London
#Mohamad Mat Yusop
#Negeri Sembilan
#polis
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan