Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui petang tadi ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.

Jelas Mazlan, mayat berkenaan ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang hilang.

"1.57 petang pasukan SAR terdiri dari NGO, Bomba, Polis telah mendapat maklumat ada satu mayat di kawasan mencari lebih kurang 2.5 km dari resort.

"Susulan itu pihak Forensik PDRM, Jabatan Siasatan Jenayah dan Patologi dari Seremban telah ke tempat kejadian dan telah melakukan kerja-kerja awal disana.”

“Untuk makluman mayat telah diterbangkan kerana kawasan berlurah, ke Hospital Seremban. Saya telah bertemu dengan keluarga Nora Anne berkenaan perkara ini,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

FOTO GALERI: Menjejaki Nora Anne Quoirin


Sementara itu, Datuk Mazlan menjelaskan kawasan penemuan mayat itu berada dalam kawasan pencarian sebelum ini.

“Kita dah cover kawasan ini, dimaklumkan pihak kita coverage 2,4,6 kilometer sebelum berpatah balik on and off melalui kawasan tersebut. Pihak SAR telah cover di kawasan itu,“ katanya lagi.


Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.



Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.

BACA: 'Mayat seorang wanita berkulit putih dalam keadaan sempurna ditemui' - Polis