Tutup

Kemalangan di Turki: Waris keluarga digesa terus berhubung dengan pihak berkuasa

Kemalangan di Turki: Waris keluarga digesa terus berhubung dengan pihak berkuasa
Wisma Putra memaklumkan seorang rakyat Malaysia maut manakala 10 lagi cedera selepas bas membawa 35 rakyat malaysia di Turki, terlibat dalam kemalangan jalan raya. - Foto: Hamidah Asararuddin
KUALA LUMPUR : Waris keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Turki digesa terus berhubung dengan mangsa dan pihak berkuasa.

Ia bagi memudahkan urusan perkongsian maklumat demi memastikan mangsa selamat, kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Arhan Syafrisyah Shah Anuar.

Jelasnya lagi, pihak kedutaan kini dalam usaha memastikan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu selamat.

"Rakyat Malaysia yang terselamat kini ditempatkan di sebuah hotel di bandar ini dengan bantuan Gabenor.
"Pihak kedutaan juga akan menziarahi seorang demi seorang mangsa untuk pastikan mereka selamat dan akan melaporkan keadaaan itu kepada waris mereka," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.


BACA: PKNS sahkan kakitangan maut nahas bas Turki
Justeru, kedutaan memohon agar waris terus berhubung dengan mangsa dan pihak berkuasa seperti Wisma Putra dan PKNS sendiri.

BACA: Wisma Putra tunggu permintaan keluarga mangsa terkorban kemalangan di Turki

BACA: Warga Malaysia maut dalam kemalangan bas di Turki


Terdahulu, Wisma Putra memaklumkan seorang rakyat Malaysia maut manakala 10 lagi cedera selepas bas membawa 35 rakyat malaysia di Turki, terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik akibat keadaan jalan yang licin.


Tag: jalan raya, Turki, waris, kemalangan, Arhan Syafrisyah Shah Anuar, Gabenor, kedutaan, Wisma Putra, PKNS



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.