Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikehendaki mengemas kini maklumat pendapatan mereka seandainya berhasrat untuk menangguh bayaran balik masing-masing.
Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, pengemaskinian boleh dibuat bermula hari ini sehingga selewat-lewatnya 25 Julai 2018.
Jelasnya, semua peminjam yang masih mempunyai baki hutang perlu mengemas kini maklumat yang diperlukan secara atas talian melalui portal PTPTN (www.ptptn.gov.my) di ruangan 'Pengemaskinian maklumat pendapatan'.
"Selain itu, peminjam juga perlu mengemas kini maklumat lain termasuk alamat, nombor telefon, emel dan maklumat pekerjaan.
"Peminjam diingatkan agar mengemas kini maklumat yang sahih dan benar serta dibuktikan dengan dokumen sokongan apabila diminta. Audit akan dijalankan oleh PTPTN. Membekalkan maklumat yang tidak benar adalah salah dari segi undang-undang.
"PTPTN akan menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan balik dan mereka tidak akan termasuk di dalam dasar baharu bayaran yang akan dibuat sekiranya tidak mengemas kini maklumat mereka," katanya semasa sidang media pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN di Menara PTPTN di sini, hari ini.
BACA: 265,149 peminjam PTPTN dikeluarkan dari senarai hitam - Muhyiddin
TONTON: Wan Saiful Wan Jan bukan lantikan politik - Dr Maszlee Malik
Sebelum ini PTPTN secara rasmi telah mengeluarkan seramai 429,945 peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia.
Proses itu dilaksanakan secara berperingkat semenjak 24 Mei dan telah selesai sepenuhnya pada 8 Jun lalu.
Wan Saiful turut menyeru semua peminjam untuk menanam budaya suka membayar balik serta mengelakkan sikap suka menangguh-nangguhkan pembayaran hutang.
"Ibu bapa juga digalakkan memastikan anak-anak mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab dalam membayar hutang-hutang mereka.
"Bagi PTPTN, niat di sebalik kemudahan penangguhan bayaran balik ini ialah untuk membantu anak-anak muda menghadapi bebanan kos sara hidup. Jangan pula ia disalah guna untuk melarikan diri daripada membayar hutang kerana ini adalah akhlak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Tambahnya, peminjam boleh melayari laman web PTPTN atau menghubungi talian Careline PTPTN di 03-2193300 untuk sebarang maklumat lanjut
Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 telah berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.
Wan Saiful sebelum ini memberitahu, janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan akan dilaksanakan selepas kajian yang lebih teliti dijalankan.
Wan Syamsul Amly
Mon Jul 16 2018
WAN SAIFUL: Peminjam diingatkan agar mengemas kini maklumat yang sahih dan benar serta dibuktikan dengan dokumen sokongan apabila diminta. Gambar BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Jun 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.