Hasil bedah siasat ke atas bayi lelaki berusia sembilan bulan yang meninggal dunia dipercayai didera pada Isnin, mendapati tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Muhammad Hanif berkata kejadian berlaku apabila bayi berkenaan, Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar telah dihantar ke rumah pengasuh di kuarters polis IPD Manjung dalam keadaan yang tidak sihat dan dikatakan telah demam selama tiga hari.
"Dalam jagaan pengasuh, bayi itu telah tidak sedarkan diri. Tindakan serta merta telah diambil oleh pengasuh dan ibunya dengan membawa bayi itu ke Hospital Seri Manjung.
"Namun keadaan bayi itu agak kritikal dan pihak Hospital Manjung telah segera merujuk serta menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Muhammad Hanif berkata selepas sehari berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Ipoh, mangsa telah meninggal dunia.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian mangsa adalah berpunca dari pendarahan dalam kepala terdapat darah beku, namun, tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal pada mangsa," katanya.
Muhammad Hanif berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
BACA: JKM sedia laporan sosial susulan kes bayi maut didera
Pada Isnin, media melaporkan Muhammad Firas Danial meninggal dunia di PICU di hospital berkenaan, kira-kira 2.49 petang Isnin, setelah mengalami pendarahan dalam kepala dipercayai akibat gegaran kuat.
Ibu mangsa, Nur Aziemah Zahari, 26, berkata dia yang tinggal di Desa Pemarak Kampung Kayan di Sitiawan menghantar anaknya di rumah pengasuh itu sejak tiga minggu lepas kerana kakaknya yang sebelum ini menjaga bayi terbabit telah mula bekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 29 2019
Muhammad Firas dilaporkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, kira-kira 2.49 petang Isnin, setelah mengalami pendarahan dalam kepala. - Gambar fail
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.
Bayi empat bulan maut akibat cedera di kepala
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala pada Jumaat lepas.