Berita kematian T. Nhaveen, yang dibuli dan dipukul dengan kejam oleh sekumpulan remaja awal pagi Sabtu lepas di Jalan Kaki Bukit, George Town, Pulau Pinang, Sabtu lepas, bukan sahaja mendapat perhatian warga Malaysia, bahkan turut menjadi bualan pengguna media sosial antarabangsa.
Remaja berusia 18 tahun ini meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 6 petang semalam.
Komposer terkenal India A.R. Rahman, yang merupakan idola Nhaveen, dalam catatan Twitternya mendoakan pemulihan Nhaveen, bagaimanapun beliau kemudian dimaklumkan mengenai pemergian Nhaveen menerusi satu catatan Twitter daripada orang awam.
Sementara itu seorang pelakon filem Tamil dari India, Vijay Antony turut berkongsi di laman Facebooknya petisyen dengan status ''RIP (Rest In Peace)''.
Sebuah portal berita dalam talian yang berpangkalan di Chennai India juga turut memuat naik di Twitter mengenai Nhaveen, dengan tajuk "#Remaja Malaysia yang mati otak ini mahu menjadi seperti #ARRAhman."
Selain itu petisyen yang dimulakan di www.change.org oleh R. Mukhesh bertajuk ''Keadilan untuk T. Nhaveen dan Untuk Semua Mangsa Buli'' telah meraih 4,782 penyokong.
Pelakon Malaysia Ida Nerina turut berkongsi di laman Facebooknya: "Hati saya remuk seperti perasaan ibu malang Nhaveen dan Zul (Zulfarhan Osman Zulkarnain). Remuk dan berkecai."
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di Twitternya berkata keadilan dan tindakan tegas akan diambil atas kematian Nhaveen. Najib turut mengucapkan takziah kepada keluarga remaja itu.
Dalam insiden yang berlaku pada 2.10 pagi itu, Nhaveen dan seorang lagi mangsa berusia 19 tahun, sedang membeli burger apabila mereka ternampak dua lelaki dikenali dan mereka mula ejek-mengejek, sebelum enam lelaki lain tiba.
Dua mangsa itu dipercayai dipukul dengan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan tersebut sebelum mangsa yang berusia 19 tahun itu sempat melarikan diri dan memberitahu bapa saudaranya mengenai kejadian itu. - BERNAMA
BACA: Keadilan, tindakan tegas akan diambil atas kematian T. Nhaveen - PM Najib
BACA: Polis teliti semula kes buli dan pukul T. Nhaveen sebagai kes bunuh
BACA: Keluarga mendiang T. Nhaveen nafi minta derma
Bernama
Fri Jun 16 2017
Antara respons yang diterima berkaitan cerita kematian Nhaveen. - Astro AWANI
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Retro Rahman kembali temui peminat menerusi siri ketiga di Zepp KL hari ini
Lima penyanyi tersohor India bakal mengegarkan pentas di Zepp Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam ini.
AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.
Filem Tamil 3D pertama lakonan Rajinikanth bakal cipta 'tsunami'
Filem "2.0" mendapat sambutan melangkaui jangkaan apabila tiket untuk minggu pertama tayangannya di kebanyakan pawagam habis dijual.
Tertangguh 3 jam, persembahan AR Rahman pukau 20,000 penonton di Malaysia
Maestro dan pemuzik dari India, A.R Rahman berjaya menghiburkan penontonnya di Stadium Merdeka, di sini malam tadi walaupun ia bermula lewat 3 jam.
A.R. Rahman kembali menghibur peminat Malaysia
Pemenang Grammy sebanyak dua kali itu akan membuat persembahan di Stadium Merdeka pada 26 April.