awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM arah titi gantung runtuh di Kuala Krai segera diganti
Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu peningkatan jumlah pengendalian kontena pada 2025
Golden Prosperity Burger warnai Tahun Baharu 2026, McDonald’s Malaysia semarak semangat kebersamaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pembangunan Wanita mohon maaf isu poster 'tidak sensitif'

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
31/03/2020
15:46 MYT
Kementerian Pembangunan Wanita mohon maaf isu poster 'tidak sensitif'
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memohon maaf ke atas beberapa poster yang dikeluarkan berhubung 'tips' bagi kaum wanita yang kini sedang bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Astro AWANI
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memohon maaf ke atas beberapa poster yang dikeluarkan berhubung 'tips' bagi kaum wanita yang kini sedang bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Poster berkenaan mendapat kritikan hebat dari orang ramai yang menyifatkan ia tidak sensitif terhadap peranan wanita dalam sektor pekerjaan.
Dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman media sosial rasmi kementerian itu, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita berkata pihaknya mengambil maklum bahawa kandungan poster berkenaan tidak bersesuaian dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Respon dari Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) pic.twitter.com/lo9oPfAv1y
— KPWKM (@KPWKM) March 31, 2020
Rata-rata netizen berpendapat kementerian itu sepatutnya membantu wanita yang berdepan keganasan rumah tangga serta kebajikan, bukannya memberi tumpuan kepada penampilan atau nada suara terhadap suami.
Sehingga malam Selasa, isu mengenai poster tersebut menjadi bahan bualan orang ramai sehingga nama menterinya, Datuk Seri Rina Harun menjadi 'trending' di Twitter.
BACA: 500,000 penerima bantuan JKM terima bayaran 25 Mac
Topic Berkaitan
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#media sosial
#poster
#Rina Harun
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan