awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan kos sara hidup bukan kerana GST - PM Najib

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
23/03/2018
14:18 MYT
Kenaikan kos sara hidup bukan kerana GST - PM Najib
Najib semasa sesi dialog pada Pelancaran Laporan Tahunan NTP 2017 di ibu negara Jumaat malam. - Astro AWANI/Shahir Omar
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa kenaikan kos sara hidup disebabkan oleh pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, pelaksanaan GST pada April 2015 itu berjaya mengurangkan kadar inflasi sehingga 1.4 peratus pada Februari tahun ini daripada 8.4 peratus pada tahun 2008.
"Bila kita laksanakan GST kita telah pilih jalan yang paling selamat, kita mengecualikan 578 barangan asas. Bagaimana harga ikan kembung naik disebabkan GST? Ikan tiada GST.
"Antara barangan asas lain yang dikecualikan GST termasuk beras, telur ayam, daging, sayur, roti, minyak masak, buah-buahan, petrol, surat khabar, buku serta ubat-ubatan," kata Najib yang telah menjawat jawatan Perdana Menteri sejak 2009.
Beliau berkata demikian ketika sesi dialog bersama Datuk Seri Idris Jala, penasihat kepada Perdana Menteri bagi Program Transformasi Negara (NTP), di Majlis Pelancaran Laporan NTP 2017 di Pusat Pameran Antarabangsa Malaysia (MTEC) di sini, malam ini.
Najib juga menjelaskan, kerajaan pada tahun 1984 mempunyai usaha untuk melaksanakan GST tetapi terpaksa melupakan hasrat itu kerana keberanian politik.
"Pelaksanaan GST mempunyai kos politik yang tersendiri, itu yang tidak mampu dilakukan kerajaan ketika itu," tambahnya.
BACA: Laporan PAC tidak sebut saya curi wang 1MDB - PM Najib
Topic Berkaitan
#cukai barang dan perkhidmatan
#GST
#Inflasi
#kos sara hidup
#MTEC
#Najib Razak
#NTP
#Perdana Menteri
#program transformasi negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan