MALAYSIA
Kerajaan lemah: Jangan jadikan pembangkang 'kambing hitam' - Hishammuddin

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang didakwa mengetuai gerakan itu menepis tuduhan yang disifatkannya tidak berasas. - Gambar fail
Tuduhan kononnya bakal wujud kerajaan baharu tanpa Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP adalah satu tohmahan, sekaligus menjadikan parti pembangkang sebagai 'kambing hitam'.
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang didakwa mengetuai gerakan itu menepis tuduhan yang disifatkannya tidak berasas.
“Wujud tuduhan yang saya berkempen untuk mewujudkan kerajaan baharu meminggirkan DAP dan Amanah. Mohamad Sabu ada tadi (bersama saya).
“Saya tanya dia, nak kempen apa? Pilihan Raya Umum bukan esok, jadi saya tidak faham.
“Itu kenyataan rasmi parti. Saya tengok bahawa apa yang berlaku sekarang satu signal bahawa semuanya tidak baik dalam Pakatan Harapan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut bekas Menteri Pertahanan itu menegaskan penulisannya sebelum ini berkisar tentang kesatuan, sama sekali tidak menyentuh tentang perkauman.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami