awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan masih kaji secara terperinci elaun kritikal penjawat awam

Bernama
Bernama
28/07/2019
23:05 MYT
Kerajaan masih kaji secara terperinci elaun kritikal penjawat awam
Kerajaan akan mengkaji secara menyeluruh mengenai elaun yang telah diberikan kepada semua penjawat awam. - Foto fail
Kerajaan masih mengkaji secara menyeluruh mengenai elaun kritikal penjawat awam yang sehingga kini belum dimuktamadkan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.
Beliau berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai kertas cadangan berhubung elaun kritikal bomba yang akan dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata penyerahan kertas cadangan tersebut perlu dirujuk kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
"Saya belum dengar secara rasmi lagi mengenai penyerahan kertas cadangan tersebut, tetapi setahu saya ia perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Zuraida," katanya pada sidang media sempena lawatan kerja rasmi ke Kolej Komuniti Kepala Batas, di sini, pada Ahad.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan mengkaji secara menyeluruh mengenai elaun yang telah diberikan kepada semua penjawat awam sama ada anggota bomba, pegawai kesihatan, guru, polis, tentera dan sebagainya.
Pada 20 Julai, lalu cadangan elaun kritikal tersebut telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah yang prihatin terhadap nasib anggota bomba dalam isu pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan.
BACA: Isu elaun kritikal bomba dapat perhatian Agong
Zuraida menerusi kementeriannya sebelum ini dilaporkan sedang menunggu kata putus Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung pemberian insentif elaun khas itu yang sudah beberapa kali diusulkan, sekali gus bakal memberi manfaat kepada seramai 14,000 anggota bomba di seluruh negara.
Dalam perkembangan lain, Ismail turut menyatakan bahawa waktu bekerja fleksibel yang akan dilaksanakan mulai 1 Ogos ini akan menentukan sama ada ia dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen bagi penjawat awam yang bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
"Waktu kerja fleksibel ini bukan perkara baharu tetapi sudah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu. Kita hendak lihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaannya terlebih dahulu sama ada produktif atau sebaliknya," katanya.
Katanya, kerajaan juga akan membuat penilaian bergantung kepada permintaan terhadap setiap kumpulan penjawat awam terbabit sama ada ia memberikan kesan efektif ke atas mereka yang bekerja dalam waktu berkenaan.
"Kita juga akan kaji setiap maklum balas yang diterima sama ada mereka terima (waktu bekerja fleksibel dari pukul 9 pagi hingga 5 petang) atau sebaliknya," katanya.
Waktu bekerja fleksibel ini adalah kemudahan yang kerajaan sediakan untuk penjawat awam, antaranya mengelak kesesakan lalu lintas dan tempoh lebih fleksibel bagi mereka yang ingin menghantar anak ke sekolah, tadika dan sebagainya, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#elaun
#elaun khas
#elaun kritikal
#insentif
#ismail bakar
#kajian menyeluruh
#kertas cadangan
#penjawat awam
#waktu bekerja fleksibel
#Yang di-Pertuan Agong
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan