Tutup

Kerajaan Sabah ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir

Kerajaan Sabah ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Seluruh rakyat Sabah turut berdukacita dengan insiden yang menimpa Allahyarham.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkorban dalam insiden di Kem Lok Kawi, pada Rabu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, seluruh rakyat Sabah turut berdukacita dengan insiden yang menimpa Allahyarham.

"Semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan sabar atas berita duka ini.

"Marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
BACA: Ini 'show terakhir' - pesanan Mejar Zahir kepada ibu

BACA: Rakan Mohd Zahir, disiasat polis


Terdahulu dalam kejadian jam 8.25 pagi itu, Allahyarham Mohd Zahir dikatakan tertembak dari jarak dekat ketika latihan demonstrasi Pelancaran Divisyen ke-5 dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi.

Allahyarham kemudiannya menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Queen Elizabeth kira-kira jam 9.20 pagi Rabu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di  Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, Putatan sebelum diterbangkan ke Semenanjung pada jam 9 malam ini.


Tag: Mejar Mohd Zahir Armaya, Kerajaan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Shafie Apdal, anak AR Badul, AR Badul



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.