Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula 12 individu yang ditahan bagi siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim sekiranya ada petunjuk baharu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan terhadap kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Dalam kejadian itu seramai 12 individu ditahan berhubung insiden terbabit dan semuanya telah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kalau ada keterangan lain yang menyokong untuk kita panggil semula 12 individu ini kita akan panggil. Kita akan teruskan siasatan seperti mana keputusan Mahkamah Koroner sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.
BACA: Inkues kematian Adib bukan penamat- Peguam
Dalam pada itu ketika diminta mengulas berhubung persoalan ahli politik pembangkang sama ada terdapat antara individu terbabit masih berada di dalam negara atau sebaliknya, Mior Faridalathrash berkata, siasatan menunjukkan tiada keterangan jelas yang mengaitkan mereka dengan kejadian.
Katanya, tiada isu mereka mahu lari ke luar negara atau sebagainya namun siasatan tetap diteruskan seperti yang sudah diputuskan Mahkamah Koroner yang mengatakan dua orang atau lebih terbabit dalam kejadian berkenaan.
BACA: Inkues Kematian Adib: Hormati keputusan Mahkamah Koroner - Guan Eng
Pihaknya berharap semua pihak berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan kerana penjelasan siasatan sudah dijelaskan.
"Bila siasatan telah selesai kita akan serahkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.
Pada 1 April lalu, saksi inkues ke-28, Pegawai Penyiasat Kanan Polis, Asisten Superintendan Lew Keng Joe berkata, enam tangkapan pertama termasuk saksi prosiding inkues Nasaruddin Abdullah yang berada di sekitar lokasi kejadian, baki enam lagi adalah individu dipercayai terbabit kes pecah bangunan One City, tetapi ditahan semula bagi membantu siasatan kes Muhammad Adib.
Bagaimanapun semua suspek yang dibebaskan dengan jaminan polis dan bon jaminan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
BACA: Kematian Adib disebabkan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali - Hakim Koroner
Pada Jumaat lalu Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan Kuil Sri Maha Mariammam USJ 25 Subang Jaya.
Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.
Sinar Harian
Wed Oct 02 2019
Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di IJN pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan Kuil Sri Maha Mariammam USJ 25 Subang Jaya.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.