Tutup

Kes bunuh Siti Kharina: Suspek utama warga Nigeria didakwa pagi ini

Kes bunuh Siti Kharina: Suspek utama warga Nigeria didakwa pagi ini
Suspek utama warga Nigeria yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin telah mengenali mangsa selama beberapa tahun. - Gambar fail/Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Suspek lelaki warganegara Nigeria, 36 tahun, yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Kamarudin akan didakwa pagi ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sepang pada jam 8.30 pagi dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya dua lagi suspek, seorang wanita warganegara Nigeria dan seorang warganegara Pakistan akan dibebaskan dengan Bon Mahkamah.
BACA: Siti Kharina dikelar, darah mengalir sampai ke pintu

 

"Dua lagi suspek wanita warga Nigeria, 35, dan lelaki warga Pakistan, 38, akan dibebaskan dengan Bon Mahkamah.

“Bon akan disempurnakan pada tarikh dan mahkamah yang sama," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

BACA: Kes bunuh ketua jururawat: Reman dua suspek disambung

BACA: Kes bunuh Siti Kharina: Polis selesai siasatan, tunggu pendakwaan


Siti Kharina, 40, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas dan misteri kehilangannya terungkai apabila mayatnya ditemui pemilik kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala pada 15 Mei.


Tag: Nigeria, Sepang, polis, mahkamah, bunuh, jenayah, hilang, wanita, siasatan, dikelar, Siti Kharina dikelar, Siti Kharina dibunuh


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.