awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Tapah: Anak perempuan suspek bunuh 4 sekeluarga dibawa ke lokasi kejadian

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2015
13:44 MYT
Kes bunuh Tapah: Anak perempuan suspek bunuh 4 sekeluarga dibawa ke lokasi kejadian
Tinjauan Astro AWANI di di lokasi rumah suspek yang juga bengkel di Jalan Pahang berdekatan Tol Tapah mendapati polis sedang menjalankan siasatan forensik bersama lebih 20 anggota selama lebih dua jam bermula 5.30 petang. - Gambar Fail
Seorang gadis dipercayai anak kepada suspek pembunuhan empat sekeluarga dibawa ke lokasi kejadian di Tapah oleh polis untuk membantu siasatan.
Tinjauan Astro Awani di lokasi rumah suspek yang juga bengkel di Jalan Pahang berdekatan Tol Tapah mendapati polis sedang menjalankan siasatan forensik bersama lebih 20 anggota selama lebih dua jam bermula 5.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Goh Kok Liang, berkata polis tidak menahan anak perempuan suspek kerana tiada keterangan yang mengaitkannya dengan pembunuhan kejam tersebut.
Siasatan pihaknya setakat ini mendapati kes itu hanya membabitkan penglibatan pemilik bengkel dan anak lelakinya serta kemungkinan ahli keluarga suspek yang lain dan tidak membabitkan pihak luar.
Jelas Goh, jika wujud keterangan lain yang membabitkan mangsa lain dalam kes itu, pihaknya akan melakukan siasatan segera.
Dalam satu kenyataan yang baru dikeluarkan, siasatan berhubung insiden itu giat dilakukan sebelum kes dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Perak untuk nasihat dan arahan lanjut sebaik siasatan selesai.
Semalam, Astro AWANI melaporkan polis telah berjaya menahan empat sekeluarga yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan sadis sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, baru-baru ini.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga 6 November bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Goh Kok Liang
#Pembunuhan
#suspek
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan