Polis menahan dua bekas pekerja Pengarah Urusan D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang dipercayai terbabit mencuri wang tunai dan barang kemas isterinya bernilai RM100,000 pada 18 Jun tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt S. Somu berkata, suspek berusia 20 dan 40 tahun itu ditahan di rumah mereka di Pandamaran, Klang, pada Isnin.
Suspek adalah pasangan suami isteri yang mempunyai hubungan dengan dua bekas pembantu rumah Aliff Syukri yang sudah didakwa pada pada 5 Julai tahun lalu, katanya.
"Pada 18 Jun 2017 jam 4 petang, isteri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah membuat laporan polis berkenaan pembantu rumahnya yang dipercayai terlibat dengan kecurian dalam rumah beliau.
"Ekoran laporan tersebut, pihak polis telah menangkap dua orang suspek dan mereka telah dituduh (di mahkamah).
"Dua hari lepas, pihak polis menangkap dua lagi suspek warga Indonesia, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang dipercayai terlibat dalam kes ini.
"Kedua-dua suspek kini direman sehingga 4 Feb," katanya.
Somu berkata, hasil rampasan daripada suspek termasuk satu beg tangan berjenama serta barang kemas bernilai RM25,000 yang dipercayai milik Nur Shahida.
Wang tunai RM2,000 turut ditemui daripada suspek, tambahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Wed Jan 24 2018
Antara barang-barang yang dirampas dari suspek pasangan suami isteri itu. - Astro AWANI
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Kes curi: Dua bekas pekerja D'Herbs ditahan
Polis menahan dua bekas pekerja Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang dipercayai terbabit mencuri wang tunai dan barang kemas isterinya.