awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes keracunan makanan di Batu Gajah dilapor pertama kali berlaku penyemburan racun

Bernama
Bernama
05/03/2016
23:26 MYT
Kes keracunan makanan di Batu Gajah dilapor pertama kali berlaku penyemburan racun
Dr Subramaniam: Pihaknya akan terus menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu selain menasihatkan orang ramai di kawasan berkenaan yang mempunyai simptom sama supaya mendapatkan rawatan doktor. - Gambar fail
Kes keracunan makanan di Siputeh, Batu Gajah, Perak pada Jumaat adalah pertama kali dilaporkan berlaku akibat pencemaran berpunca daripada penyemburan racun rumpai di kawasan berhampiran gerai dan kemudiannya mencemarkan makanan selepas ditiup angin.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mengeluarkan garis panduan bersama Pihak Berkuasa Tempatan supaya kejadian yang sama tidak akan berulang.
"Penyemburan racun rumpai adalah punca sebenar keracunan makanan pada skala ini. Lazimnya, kita ada kes yang cuba bunuh diri dengan cara minum (racun ini), tetapi tidak pada kes ini.
Ini bukan pencemaran secara langsung. Ini adalah pencemaran secara tidak langsung dari satu punca dan menyebabkan masalah. Racun rumpai adalah sejenis racun yang kuat. Ia boleh melumpuhkan sistem tubuh. Kami agak terkejut dengan pencemaran jenis ini," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Terdahulu beliau menerima replika cek daripada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bagi pembelian mesin Computed Tomography-Simulator (CT-Simulator) di sini.
Dr Subramaniam berkata pihaknya akan terus menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu selain menasihatkan orang ramai di kawasan berkenaan yang mempunyai simptom sama supaya mendapatkan rawatan doktor.
Setakat semalam, 39 orang terdiri berumur lingkungan dua hingga 71 tahun dirawat di Hospital Batu Gajah (HBG) kerana mengalami muntah dan cirit-birit dipercayai keracunan makanan.
Dua puluh empat daripada mangsa kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang hari yang sama, sembilan masih menerima rawatan di HBG, manakala empat disahkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.
Topic Berkaitan
#Batu Gajah
#Kes keracunan makanan di Siputeh
#Perak pada Jumaat adalah pertama kali dilaporkan berlaku akibat pencemaran berpunca daripada penyemburan racun rumpai di kawasan berdekatan
#racun
#S.Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan