Rakyat sudah tidak lagi berasa takut untuk melaporkan aktiviti rasuah kepada pihak berkuasa, menyebabkan peningkatan dalam kes rasuah yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) meyakinkan rakyat untuk tanpa ragu-ragu melaporkan sebarang aktiviti salah laku.
Menurutnya, PH komited memerangi rasuah dan penyelewengan dengan pendekatan strategik serta telus.
"Kes kini meningkat, tetapi bukan berlaku semasa kerajaan baharu, sebaliknya ketika kerajaan terdahulu.
"Orang ramai dan pegawai kerajaan tidak lagi gusar atau diancam apabila memberi maklumat berkenaan perkara yang tidak betul dan menyalahi undang-undang," katanya ketika bersyarah di hadapan delegasi 36 buah negara di Akademi Anti-Rasuah Antarabangsa (IACA) di sini pada Isnin.
Beliau menyampaikan syarahan bertajuk 'Memerangi Rasuah di Malaysia: Pencapaian, Cabaran dan Perspektif' di International Anti-Corruption Academy (IACA) di sini pada Isnin.
Dr Mahathir turut berkata, orang ramai kini merasakan lebih bebas untuk memberikan maklumat mengenai sebarang perlakuan rasuah dan perlindungan turut diberikan kepada mereka di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Menurutnya, aktiviti rasuah dikategorikan kepada dua peringkat iaitu suapan secara tersembunyi atau ‘bawah meja’ dan suapan terang-terangan atau ‘atas meja.’
Katanya, masih ada harapan untuk pencegahan sekiranya ia dilaksanakan secara ‘bawah meja’.
Namun keadaan dianggap parah apabila rasuah diberi secara terbuka ‘atas meja’ dan perkara itu menjadi kebiasaan apabila rakyat terpaksa melakukannya untuk membolehkan apa yang dihajati dapat dilunaskan.
BACA: Dunia mahu belajar cara Malaysia perangi rasuah, Tun Mahathir dijemput beri ucaptama
Beliau percaya, budaya memainkan peranan penting dalam pencegahan rasuah dan perlu dipupuk sejak kecil bahawa perlakuan menyogok itu adalah kotor dan salah.
Dalam usaha kerajaan baharu Malaysia memerangi rasuah secara habis-habisan, kata Dr Mahathir, pelbagai kaedah dirancang dan dilaksanakan.
Ia termasuk mewajibkan seluruh anggota Kabinet, termasuk Perdana Menteri, untuk mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pengegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malah, kerajaan juga menetapkan penggal pentadbiran seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada hanya dua penggal atau 10 tahun sahaja serta dalam usaha untuk memendekkan proses birokrasi dalam perkhidmatan awam.
“Sebanyak mana undang-undang dipinda atau diperteguh, korupsi tidak boleh dihapus secara seluruhnya.
“Apa yang boleh dilakukan adalah mengurangkannya ke tahap yang paling minimum,” tambah Dr Mahathir.
Israr Khalid
Mon Jan 21 2019
Dr Mahathir menyampaikan syarahan bertajuk 'Memerangi Rasuah di Malaysia: Pencapaian, Cabaran dan Perspektif' di International Anti-Corruption Academy (IACA) di Laxenburg, Austria, 21 Jan, 2019. --fotoBERNAMA
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Kes rasuah dilapor meningkat kerana rakyat tidak lagi takut - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) meyakinkan rakyat untuk tanpa ragu-ragu melaporkan sebarang aktiviti salah laku.